Search This Blog

Wednesday, June 24, 2015

SENIORITI DAN JUNIORITI

Ramai orang mengenali istilah senior dan junior semasa di sekolah berasrama atau pusat pengajian tinggi. Istilah ini ada yang menghantui mereka sehingga tua terutama jika ia melibatkan penderaan fizikal atau mental oleh senior mereka.

Pada bulan April 2015 yang lalu, kita dikejutkan oleh kematian seorang pelajar politeknik akibat disepak dikepala oleh seorang pelajar senior hanya kerana pelajar junior itu tidak hormatkan senior.

Apakah ertinya peristiwa ini. Ini bermakna bahawa pelajar asrama telah pun sesat dalam sistem senioriti ini.Perasaan hormat bukannya boleh dipaksa-paksa hanya kerana kesenioran mereka. Kalau nak orang hormat kita, taburlah jasa dan sumbangan yang membawa kebaikan kepada junior mereka. Barulah mereka hormat, kalau hormat secara membuta tuli itulah tandanya mereka orang bodoh, jadi tak payahlah belajar tinggi-tinggi di asrama. Kes ini menampakan keiblisan budaya senioriti yang telah masuk kepada para pelajar.

Memang benar nabi menyarankan  agar umatnya menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua, itulah kerana ibu bapa dan orang-orang tersebut menpunyai jasa tertentu kepada kita, lebih-lebih lagi ibu bapa kita. Tanyalah kepada pelajar senior yang melakukan tendangan maut itu, adakah dia menghormati ibu bapanya. Nabi tak suruh untuk memaksa orang lain untuk hormatkan kita apatah lagi pun mencederakan atau membunuh orang yang tak hormatkan kita.

wassalam.
AL MAHDI AL MUNTAZAAR

No comments: