Search This Blog

Thursday, April 28, 2016

BI GENDER, NON BINARY, TRANSGENDER, PENGKID DAN PONDAN



Semua isitilah di atas merujuk kepada kecelaruan  jantina. Ada lelaki yang ingin menjadi perempuan dan ada perempuan yang ingin menjadi lelaki.Ada orang yang hari ini berpakaian lelaki dan esoknya berpakaian perempuan. Masalah kecelaruan jantina ini menjadi bertambah besar pada zaman ini. Masalah ini banyak berlaku walaupun mereka mempunyai alat kemaluan yang sempurna sama ada kemaluan lelaki atau perempuan, itu belum masuk mereka yang mempunyai alat kemaluan yang tidak sempurna atau jelas atau mempunyai keduaa-dua alat kemaluan lelaki dan perempuan atau hormon yang tidak betul.



Punca kecelaruan jantina ini berpunca dari sebab bukan fizikal sahaja, ia juga dari batin atau roh seseorang. Ada manusia tubuh badannya lelaki tetapi rohnya perempuan, ada lelaki tubuh badannya lelaki dan rohnya lelaki, ada perempuan rohnya perempuan dan badannya perempuan dan ada perempuan badannya perempuan tetapi rohnya lelaki.



Kekuatan pengaruh batin(roh) yang berbeza-beza antara roh dan badan ini mempengaruhi sifat dan kecenderungan seseorang dan menyebabkan kecelaruan jantina. Ia bukanlah salah mereka, ia adalah kejadian tuhan kepada manusia dan ia adalah satu ujian terhadap manusia. Mungkin perkara ini juga menyumbang kepada gejala buruk gay dan lesbian.



Sedangkan imam Mahdi mempunyai tubuh badan dan alat kelamin lelaki tetapi mempunyai susunan saraf badan perempuan dan mempunyai roh lelaki tetapi rohnya  bersifat perempuan. Menjadikannnya bukan lelaki, bukan perempuan dan bukan pondan. Menjadikannya manusia paling berbeza dari semua manusia yang ada di dunia. Mungkin menjadikannya bukan manusia tetapi dewa.



wassalam

No comments: