RAHSIA BATIN PERSETUBUHAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG TIDAK DIKETAHUI OLEH UMAT ZAMAN INI
Persetubuhan banyak hikmahnya sama ada dari segi fizikal, mental dan spiritual. Tetapi rahsia spiritualnya tidak diketahui oleh manusia zaman ini. Dari segi fizikal ia boleh menghasilkan anak dan menjadikan badan lebih sihat. Dari segi mental ia boleh memberikan ketenangan mental dan menghilangkan tekanan dan stress yang disebabakan oleh tekanan hawa nafsu dan juga tekanan kerja dan tekanan kehidupan seharian.
Persetubuhan dari segi batin atau spiritual pula ia boleh menghilangkan neraka dalam badan manusia (dalam batin dan tulang belakang). Bukankah selepas bersetubuh seseorang itu merasa badannya lebih tenang dan sejuk, ini adalah kerana kepanasan neraka yang disebabkan oleh tekanan hawa nafsu dan juga neraka yang wujud secara tidak langsung telah hilang akibat dari pancutan mani semasa persetubuhan. Neraka yang wujud dalam badan manusia adalah akibat daripada beberapa sebab antaranya ialah tekanan nafsu yang tidak dilepaskan, tekanan perasaan, kemarahan, perbuatan seseorang yang menyakitkan perasaan dan batin seseorang dan beberapa perkara lagi. Jika ia tidak dihapuskan atau dihilangkan ia akan mendorong seseorang itu melakukan keganasan dan kerosakan untuk melepaskan perasaan mereka, oleh itu dengan persetubuhan semua tekanan akan dapat dilepaskan dan dihilangkan. Nabi Muhammad menyatakan dalam hadisnya bahawa apabila seseorang itu berkahwin maka dia telah mendapat separuh agama, maksudnya ialah mereka akan mendapat syurga(kesejukan akibat hilangnya nereka badan) dalam badan mereka kerana mereka telah mendapat persetubuhan. Maka dengan itu sifat mereka menjadi lebih baik dan ‘sejuk’ berbanding mereka yang belum atau tidak berkahwin.
Selepas persetubuhan juga mereka akan merasa batin mereka lebih bersih dan segar serta baharu kerana kekotoran dan kekusutan dunia yang melekat akibat dati aktiviti seharian yang dilalui telah tanggal dari baitn dan roh mereka dan dalaman mereka. Itulah fungsi batin bersetubuhan yang tidak diketahui umum atau telah hilang ilmunya akibat dari peredaran zaman.
Jika seseorang itu tidak mendapat manfaat dari segi batin selepas persetubuhan bermakna mereka mempunyai masalah batin yang perlu diuruskan atau diubati.
Untuk artikel lain pergi ke older or newer post atau ke imam-mahdi.zxq.net
