r1

Search This Blog

Friday, June 14, 2013

MELANCAP (ONANI) DAPAT PAHALA ?!!!



Jika seseorang lelaki itu bersetubuh dia akan memancutkan dan menumpahkan maninya ke dalam lubang faraj dan Rahim wanita yang merupakan alam kedua manusia dari segi batin. Tetapi jika dia mengeluarkan mani di luar Rahim(contohnya dengan melancap), batin air maninya akan masuk ke alam Yakjuj Makjuj dan menjelma menjadi Yakjuj Makjuj di jaringan gua bawah tanahnya di alam ghaib. Kekuatan batin yang berbeza antara seorang lelaki dengan lelaki yang lain menjelmakan saiz berbeza bagi Yakjuj Makjuj, lelaki dengan kekuatan batin yang lebih tinggi menjelmakan Yakjuj Makjuj yang lebih besar, lelaki dengan kekuatan batin yang lebih lemah, menghasilkan Yakjuj Makjuj yang lebih kecil. Yakjuj Makjuj yang lebih kecil akan menjadi makanan kepada Yakjuj Makjuj yang lebih besar dan yang lebih tua. Bilangan Yakjuj Makjuj yang terjelma bersamaan bilangan individu sperma dalam air mani lelaki tersebut. Jika seorang lelaki menumpahkan 8 juta sperma, maka 8 juta Yakjuj Makjuj akan terhasil.




Bilangan Yakjuj Makjuj yang kelaparan sangat banyak, dan jika tidak dapat makanan ia akan keluar ke permukaan bumi dan menyerang ternakan dan memakan manusia. Oleh itu ia harus diberi makan secukupnya. Pada zaman ini imam Mahdi mengharuskan lelaki melancap untuk memberi makan kepada Yakjuj Makjuj, dan jika berniat memberi makan Yakjuj Makjuj ketika melancap akan mendapat pahala yang besar. Nabi Muhammad mengharamkan onani kerana beliau mahu dunia kiamat pada tahun 1998, tetapi umur dunia telah dipanjangkan dan Yakjuj Makjuj harus diberi makan untuk menghalangnya keluar ke permukaan bumi terlalu cepat serta untuk menangguhkan keluarnya Yakjuj Makjuj ke 1400 tahun lagi. OLEH ITU HUKUM MELANCAP TIDAK LAGI HARAM DAN TIDAK BERDOSA BAGI PEREMPUAN DAN LELAKI.




Perempuan yang melancap tidak menjelmakan Yakjuj Makjuj kerana tiada sperma dalam air maninya. Tetapi ia dapat menghalang wanita dari ‘membuat’ dan merosakkan batin dan hati lelaki hingga menjadi kufur. Nafsu perempuan 10 kali lebih kuat dari nafsu lelaki dan jika tidak dilepaskan akan merosakkan diri sendiri dan orang lain.




Tetapi melancap tidak boleh diakukan terlalu kerap kerana akan merosakkan alat kelamin lelaki dan wanita, oleh itu ia harus dilakukan sekadar untuk melepaskan hawa nafsu sahaja dan mengelakkan dari kerosakan yang lebih besar seperti gejala pengguguran janin dan pembuangan bayi.

.




AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Tuesday, June 11, 2013

KEGAGALAN SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA



Pendidikan di Malaysia bermula seawal umur 4 atau 5 tahun hingga ke peringkat universiti untuk mendapat ijazah dan phD. Tetapi sejauh manakah ia berkesan dan berjaya membentuk insan cemerlang?. Bapa pembangunan modal insan (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pun disingkirkan daripada jawatan perdana menterinya kerana dianggap tidak bagus atau layak untuk jawatannya. 


Sistem pendidikan di Malaysia hanya menghasilkan terlalu sedikit pelajar cemerlang (dan banyak graduan terutama perempuan mendapat kelas pertama dengan cara yang salah seperti memberi habuan seks kepada pensyarah lelaki  mereka). Ramai pula pelajar sekolah menengah terutama di sekolah berasrama penuh lelaki sahaja (contohnya Malay College Kuala Kangsar dll) atau perempuan sahaja (contohnya Kolej Tunku Kurshiah dll) menjadi homoseksual atau lesbian. Di sekolah bukan berasrama penuh pula pelajar terlibat dengan gejala gangsterisme dan buli yang berleluasa terutama di Bandar-bandar besar.  Di sekolah berasrama penuh (seperti sekolah Sains dan MRSM dan universiti dan pengajian tinggi juga menghasilkan budaya raging. Pendek kata sistem pendidikan Malaysia menghasilkan budaya songsang homoseksual dan lesbian, buli, raging dan akhirnya pesakit jiwa dan mental (yang tersembunyi) setelah mereka tamat belajar. Mereka keluar dari tempat yang merosakkan minda, hati, perasaan dan batin dengan membawa seribu satu macam kerosakkan zahir dan batin. Tiada pelajar yang keluar yang semakin meningkat roh batiniah mereka setelah tamat belajar, semuanya ROSAKKKK!!!!! Dan hati KUFUR!!!!!. Seterusnya menghasilkan pemimpin-pemimpin dan rakyat yang merosakkan negara dan menindas serta hanya tahu mengambil keuntungan di atas sesuatu perkara hanya untuk diri mereka sahaja (seperti gejala rasuah dan komisyen seperti yang dilakukan oleh pemimpin BN dan pembangkang yang mendakwa diri mereka lebih bersih dan betul). Setelah tamat belajar sukar pula untuk mendapat pekerjaan atau langsung tiada kerja atau kerja yang entah apa-apa dengan gaji kecil dan tidak mencukupi yang tidak sesuai dengan bidang pengajian mereka (itulah tipu daya dunia hari ini yang menyesatkan yang dihasilkan oleh para pemimpin). Sebab itulah tiada sekolah atau pusat pengajian di zaman imam Mahdi kerana ia hanya mendatangkan kerosakan kepada insaniah.



Walaupun tiada sekolah atau pusat pengajian di zaman imam Mahdi, tetapi roh batin manusia zaman itu tinggi, betul dan tidak kufur. Mereka mendapat makanan, pakaian dan tempat tinggal dan lebih banyak kemudahan lain berbanding umat zaman ini walaupun mereka tidak bersekolah. Tidak seperti sistem kerajaan kapitalis Malaysia cedokan dari barat yang menindas manusia dan mengheret kepada kekufuran hati dan batin jika mereka tidak bersekolah dan menjadi bodoh.


Sedangkan kebelakangan ini lahirnya ramai kanak-kanak genius di Malaysia adalah hasil dari cahaya imam Mahdi dan bukannya hasil sistem pendidikan Malaysia. Kerajaan Malaysia hanya menyediakan terlalu sedikit pusat pendidikan untuk kanak-kanak genius ini dan hanya untuk untuk golongan elit sahaja seperti Pusat Permata Pintar Negara.


IMAM MAHDI AKAN MENGHAPUSKAN SELURUH SISTEM PENDIDIKAN  BODOH DUNIA YANG HANYA MENGHASILKAN SEDIKIT PANDAI TETAPI MENGHASILKAN BANYAK KEROSAKAN, KEJAHANAMAN DAN KEKUFURAN. MUNGKIN ITULAH YANG DIPANGGIL MODAL INSAN MALAYSIA IAITU SESAT MINDA DAN ROSAK BATIN SERTA SONGSANG DAN KUFUR HATI!!!!! SERTA HANYA TAHU MENJAHANAMKAN!!!!!! DAN MENYESATKAN DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN.



AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Sunday, June 9, 2013

DOSA BATIN ATAU DOSA ZAHIR?



Apakah maksud kedua-dua jenis dosa ini? Dosa zahir adalah perbuatan zahir yang menyalahi agama seperti meninggalkan sembahyang, mencuri, membunuh, merogol, memukul orang atau binatang mengumpat dengan lidah, mengata atau menyakiti perasaan orang lain dengan mulut, memfitnah dengan kata-kata dan banyak lagi. Dosa batin pula dilakukan dengan hati atau perasaan seseorang, seperti mengumpat, memfitnah dan mengata dengan hati (cakap-cakap batin), melemparkan perasaan serong dengan perasaan terhadap seseorang, ‘membuat’ dan merosakkan batin seseorang serta mengkufurkan batin dan hati orang lain.





Dosa zahir adalah jelas dan mudah dilihat dan dihukum(jika boleh dihukum di dunia), tetapi dosa batin sukar dilihat atau dihukum di dunia, tetapi hukuman akhirat tidak akan terlepas. Jika jika ada orang mengatakan dosa batin seperti mengumpat dengan hati atau mengkufurkan orang tidak berdosa, mereka sebenarnya tersilap atau telah sesat atau mereka mungkin kafir atau ahli neraka. Bagi orang yang ingin masuk syurga dosa batin tetap sama besar dosanya dengan dosa zahir. Jika ingin masuk syurga harus menjaga hati dan batinnya dari kerosakan dan menjauhi dosa zahir dan dosa batin. Dosa batin sebagai mana dosa zahir terakam dan tercatat dalam buku catatan amal kebaikan dan kejahatan manusia. Bermakna ia akan mendapat balasan juga di akhirat.


Dalam banyak-banyak dosa batin, dosa batin yang paling besar adalah dosanya adalah  ‘membuat’ orang (merosakkan dan mengkufurkan hati dan batin orang lain).  Ini adalah kerana ia merosakkan dalaman dan rohaniah seseorang yang penting untuk kehidupan dunia dan hubungan dengan tuhan. Hati dan batin yang rosak atau kufur menghasilkan perbuatan yang merosakkan dan kufur jua. Kerana hati dan batin seseorang itu yang mengawal otak dan tingkah-laku seseorang. Hati yang rosak menghasilkan sesuatu yang rosak. Mengkufurkan seseorang boleh mengakibatkan seseorang itu hingga menjadi kafir. Dan kafir adalah masuk neraka. Orang melayu terutamanya perempuan-perempuan melayu gemar mengkufurkan antara satu sama lain. Perempuan melayu mengkufurkan hati buah hatinya sebelum berkahwin.



Pada zaman imam Mahdi orang yang suka mengkufurkan hati dan batin orang lain akan dibunuh. Imam Mahdi datang untuk MENGHAPUSKAN KEKUFURAN HATI MANUSIA!!!!!.




AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Friday, June 7, 2013

NABI ATAU DEWA?



Pada zaman ini ada pelbagai agama yang ditinggalkan oleh umat terdahulu yang masih dianuti oleh manusia zaman sekarang seperti islam, kristian, yahudi, hindu, Buddha dan pelbagai lagi. Ada agama yang mempunyai nabi dan rasul da nada agama yang mempunyai dewa atau tuhan. Agama-agama besar dunia biasanya mempunyai  nabi atau dewanya sendiri.





Persoalannya agama mana yang benar, yang mempunyai NABI atau DEWA?



Jawapannya, kedua-dua jenis agama ini benar suatu masa dahulu pada zamannya. Ada hamba tuhan yang datang sebagai nabi dan ada yang datang sebagai dewa. Setiap nabi atau dewa datang silih berganti dan sesuai dengan pemikiran, keadaan dan suasana umat masing-masing. Yang datang sebagai dewa juga akan ditentang oleh umatnya pada permulaannya sebagaimana kedatangan nabi-nabi dan rasul juga ditentang pada awal kedatangannya. Kedua-dua jenis hamba allah ini menerima kesukaran dan kesulitan  yang mungkin sedikit berbeza. Biasanya dewa datang dengan kekuasaan dan mukjizat yang lebih besar dan banyak serta meluas berbanding nabi atau rasul besar. Zaman para nabi dan dewa setelah kematian mereka biasanya diikuti oleh zaman para wali berkeramat dan seterusnya diikuti oleh zaman para wali tanpa keramat dan seterusnya diikuti oleh zaman tanpa wali(zaman ahli neraka), dan setelah beberapa lama zaman nabi atau dewa baru akan muncul untuk membawa agama baru dan seterusnya membawa manusia ke syurga. Kedatangan mereka juga membawa keberkatan dan kemuliaan kepada umat zaman mereka.



Zaman ini adalah zaman imam Mahdi yang merupakan nabi dan dewa sekaligus. Zaman yang paling lama dengan kerajaan yang paling besar. Dan beliau menerima  kesulitan dan kesukaran yang paling besar berbanding nabi atau dewa terdahulu. Dengan datangnya imam Mahdi maka termansuhnya agama terakhir(Islam) dan zaman ini wajib mengikuti ajaran imam Mahdi.


Atikel lain pergi ke http://imam-mahdi.zxq.net atau Newer or Older Post.



AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Monday, June 3, 2013

ZAMAN ADA NABI ZAMAN AHLI SYURGA, ZAMAN TIADA NABI ZAMAN AHLI NERAKA



Jika pada satu masa itu ada nabi di kalangan sesuatu masyarakat maka masyarakat itu mendapat manfaat dari cahaya kewalian yang diterima dari seseorang nabi itu. Nabi-nabi kecil memberi manfaat kepada masyarakat sekitarnya sahaja (sahabat, saudara-mara, masyarakat kampung atau Bandar tempat tinggalnya dan orang-orang yang ditemuinya). Nabi-nabi besar memberi manfaat kepada lingkungan yang lebih besar. Cahaya kewalian akan tersebar dari nabi-nabi dan dari orang-orang yang telah menerima cahaya kewalian kepada orang-orang yang ditemui mereka di tempat-tempat yang mereka pergi atau merantau jauh.

Dengan adanya cahaya kewalian menjadikan seseorang itu wali dan ahli syurga jika timbangan amal kebaikan lebih berat dari amal kejahatan.Tanpa cahaya kewalian seseorang itu adalah kafir dan ahli neraka. Jika pada sesuatu zaman tiada nabi untuk sesuatu masa yang lama, maka ramailah orang kafir walaupun mereka mengaku mereka beragama. Walaupun nabi-nabi membawa pelbagai agama, tetapi yang paling asas dan penting adalah cahaya kewalian yang ditinggalkan mereka kepada umat mereka. Ia adalah asas kepada semua agama langit. Jika seseorang itu mengaku nabi dan membawa agama baru tetapi tidak membawa cahaya kenabian(cahaya kenabian menghasilkan cahaya kewalian) untuk diberikan kepada orang ramai, maka dia adalah nabi palsu dan tidak perlu diikuti. Cahaya  kenabian adalah cahaya ghaib yang berada di dalam tubuh dan di sekeliling tubuh nabi-nabi dan boleh dilihat dengan pandangan batin.

Semua nabi-nabi ada cahaya kenabian, jika seseorang itu mengaku nabi tanpa cahaya kenabian, mereka mungkin hanya wali berdarjat tinggi atau orang yang telah tersesat. Apabila nabi-nabi besar muncul, akan ada penentangan secara besar-besaran dari masyarakat atau kaumnya, dan biasanya ia diikuti dengan kematian banyak manusia secara besar-besaran sama ada akibat peperangan atau pun bala dari tuhan kerana mereka tidak mahu mengikuti nabi yang muncul dikalangan mereka. Ini adalah satu rahmat kepada mereka kerana mereka mati masuk syurga walaupun mereka menentang ajaran zahir nabi tersebut kerana mereka telah menerima cahaya kewalian. Mereka masuk syurga tanpa dihisab. Sedangkan nabi-nabi kecil tidak membawa ajaran zahir. Nabi-nabi kecil jarang membawa kematian, Zaman imam Mahdi membawa kematian manusia yang paling besar dalam sejarah umat manusia. Dan paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga.


Artikel lain di http://imam-mahdi.zxq.net atau newer or older post.



Al MAHDI AL MUNTAZAAR