Sunnah dan syiah adalah terbitan dari ajaran nabi Muhammad.
Pada zaman nabi Muhammad kedua-dua golongan ini adalah ahli syurga. Cuma pada
zaman ini syiah telah dianggap terpesong dari ajaran islam. Syiah mempunyai
susur galur dari keluarga nabi dan sunnah pula mempunyai susur galur dari
sahabat-sahabat nabi.
Tetapi siapakah sebenarnya ahlussunnah wal jamaah dan apa
pula fahaman ahlussunah wal jamaah. Sebenarnya ahlussunah adalah orang yang
mengikut sunnah nabi dan ia jelas ada pada orang-orang tabligh, dan jamaah pula
adalah orang masjid (orang yang bersembahyang jamaah lima waktu di masjid
setiap hari), adakah anda tergolong dalam salah satu daripada golongan ini,
jika tidak maka anda bukan golongan ahlusunnah wal jamaah (ini benar bagi
kebanyakan orang di Malaysia). Tetapi kebanyakan orang di Malaysia yang mengaku
ahlussunah wal jamaah sebenarnya hanya tergolongan dalam golongan orang yang
menganut fahaman dan akidah ahlussunah wal jamaah, jadi janganlah dengan
bangganya anda mengaku ahlussunah wal jamaah.
Syiah pada zaman sekarang pula dengan jelasnya telah sesat.
Contohnya mereka berfahaman bahawa malaikat telah tersalah memberi wahyu kepada
nabi Muhammad yang sepatutnya diberikan kepada Ali. Kesesatan adalah nyata
kerana syarat untuk menjadi nabi bukan hanya dengan menerima wahyu. Syarat
terpenting untuk menjadi nabi seseorang itu mesti membawa dan memiliki cahaya
kenabian. Cahaya kenabian wujud dalam diri seseorang nabi sejak dia lahir dari
perut ibunya lagi. Cahaya ini bukan dimiliki melalui wahyu. Jika semasa dia
lahir dan ada cahaya ini, maka dia adalah nabi. Oleh itu Muhammad s.a.w adalah
nabi dan saidina Ali bukan nabi. Tiada masalah tersalah memberi wahyu dalam
cerita tentang nabi dan ini adalah kesesatan yang nyata dan jika anda syiah
berfahaman seperti ini adalah jelas anda sesat.
Sebenarnya
pada zaman ini segala fahaman telah sesat kerana itulah ia di panggil akhir
zaman dan pada akhir zaman semua orang adalah ahli neraka. Orang yang
mengatakan orang lain sesat sebenarnya mereka tidak kurang sesatnya. Oleh itu selamatlah
kita semua berkumpul dalam neraka jahanammmmm!!!!!!!! Bersama-sama.
AL MAHDI AL MUNTAZAAR
