r1

Search This Blog

Sunday, January 4, 2015

IMAM MAHDI JAYA NEGARA SATU DARIPADA MANIFESTASI CIRI IMAM MAHDI SEBENAR

Sebelum imam mahdi sebenar keluar menzahirkan diri akan dan telah ada manifestasi imam Mahdi sebenar oleh orang-orang tertentu yang mengaku dirinya juga imam Mahdi. Ada banyak tetapi yang berakhir dengan tragis adalah imam Mahdi Jaya Negara. Saya tidak mahu menggunakan perkataan imam Mahdi palsu untuk mereka kerana kurang tepat tetapi mereka adalah bunga-bunga imam Mahdi sebelum kemunculan imam Mahdi yang sebenar.

Setiap satu bunga-bunga imam Mahdi ini membawa satu atau lebih ciri atau manifestasi imam Mahdi sebenar agar masyarakat terbiasa dengan kehadiran imam mahdi kerana imam Mahdi sebenar lebih dikatakan sesat/teruk/gila ataupun patut dikatakan lebih hebat lagi.  Bezanya imam Mahdi sebenar boleh membuktikan dan merealisasikan perkara yang dibawanya tetapi bunga-bunga imam Mahdi tidak boleh.

Bunga-bunga imam Mahdi dengan mudah boleh dibunuh tetapi tidak kepada imam Mahdi sebenar. Bunga-bunga imam Mahdi tiada kekeramatan tetapi imam Mahdi sebenar berkeramat besar.Tetapi kekeramatannya bukanlah sesuatu yang mutlak kerana dia berjalan mengikut perjalanan takdir dan kehendak tuhan maha besar.

Mungkin di mata masyarakat imam mahdi Jaya Negara adalah orang gila atau penjenayah tetapi di mata kami dia adalah wira pemanifestasi imam Mahdi .DIA ADALAH BUNGA-BUNGA IMAM MAHDI.





AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Saturday, January 3, 2015

KEBERKATAN SULTAN JOHOR SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Negeri-negeri di pantai timur dan juga negeri johor biasanya dilanda banjir besar setiap hujung tahun. Tetapi pada tahun 2014 negeri johor sedikit terselamat dari malapetaka tersebut. Hanya kurang lebih 500 orang sahaja terkena tempias banjir tersebut. Ini adalah kerana keberkatan dan kedaulatan sultan johor yang baharu yang lebih berjiwa rakyat.

Oleh itu janganlah memperkecilkan kuasa dan kedaulatan sultan yang merupakan pelindung dan payung rakyat seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak dan ahli politik yang jahil dan jahat dengan menganggap raja dan sultan tidak penting atau relevan lagi.

Untuk tahun-tahun mendatang masih kabur keberkatan siapa harus kami tagih lagi untuk mengelakan malapetaka banjir besar di Johor.



AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Thursday, January 1, 2015

BUAYA PUTIH KERAMAT LAMBANG KEBESARAN WALI MELAYU

Buaya putih keramat hanya dimiliki oleh wali melayu di kepulauan melayu dan tidak dimiliki oleh wali bangsa lain. Ia bukanlah keramat perlindungan tetapi hanya lambang kebesaran. Lebih banyak buaya putih lebih tinggilah darjat seseorang wali.  Bilangan buaya tersebut biasanya ganjil, seperti 1, 3, 5, 7 atau 9.Buaya putih keramat sebenarnya adalah sejenis malaikat.

Pada permulaannya imam Mahdi hanya memiliki 7 buaya putih, tetapi setelah sekian lama berdakwah dan mencipta pemgikut dia kini memiliki tidak terhingga banyaknya buaya putih keramat. Begitu juga dengan pengikutnya, ramai yang memiliki jutaan buaya putih keramat setiap seorang.

Buaya putih bukanlah keramat perlindungan, tetapi buaya putih keramat akan membaham orang yang membunuh tuannya setelah tuannya mati dibunuh.



AL MAHDI AL MUNTAZAAR

 

Tuesday, December 30, 2014

BUAYA DAN NAGA

Siapakah buaya dan siapa pula naga? Beza naga dan buaya adalah satu mengejar Dan satu lagi hanya menunggu. Tetapi tujuannya adalah sama iaitu untuk menndapatkan mangsa.

Kedua- dua istilah ini adalah merujuk kepada lelaki Kedua-duanya mencari mangsa perempuan untuk dijahanamkan harta dan maruah mereka, selepas itu ditinggalkan. Kedua-dua puak ini adalah lelaki jahat dan harus dihindari oleh perempuan.

Kebanyakan lelaki jenis pemburu ini  adalah naga dan bukan buaya yang memburu perempuan kerana lebih cepat untuk mendapatkan habuan dari mangsa mereka dan hanya sedikit bilangan buaya  kerana proses mendapatkan mangsa lebih lambat.


 wassalam




AL MAHDI AL MUNTAZAAR.

Monday, December 8, 2014

QUEEN CONTROL

Queen control adalah perkara biasa pada zaman ini. Masa zaman kanak-kanak dikawal oleh emak, apabila dah berkahwin di kawal oleh isteri. Mungkin sudah terbiasa begitu.Tak kiralah dari tukang sapu sampah hingga ke pemimpin negara, ramai yang kena queen control
walaupun mereka tak mahu mengakuinya.

Keramat boleh kawal kepunyaan imam Mahdi dipegang dan disimpan oleh isterinya, sah-sah dia juga kena queen control. Memang tuhan jadikan dunia begitu, perempuan kawal lelaki.Walaupun lelaki boleh lakukan banyak kerja, tetapi lelaki kurang berfikir, sedangkan perempuan banyak berfikir sebelum lakukan sesuatu kerja, sebab tu perempuan boleh control lelaki.  Batin perempuan pula lebih kuat dan keras dari batin lelaki, lawan batin saja dah kalah, macam mana  lelaki tak kena control dengan perempuan. Mungkin sebab tu perempuan boleh mengharungi kesakitan dan maut berkai-kali ketika melahirkan anak. Mungkin jika perempuan tidak mengawal lelaki, lelaki merapu dan melahu tak tentu hala tanpa arah tujuan.

AL MAHDI AL MUNTAZAAR


Saturday, December 6, 2014

ISLAM TELAH BERALIH KE TIMUR

Dengan kehadiran cahaya kenabian imam Mahdi di timur (khususnya di Malaysia), islam sebenar iaitu cahaya kewalian/ cahaya islam/ cahaya kekayaan batin telah tersebar meluas di nusantara. Cahaya ini kuat  sehingga ke kawasan berdekatan dan semakin lemah ke negara jauh. Ia adalah islam sebenar.

 Pekerja asing, PATI dan pelancong yang datang ke Malaysia turut menerima cahaya ini dan menyebarkanya ke negara asal mereka apabila pulang.

Di negara timur tengah cahaya ini masih lemah sedangkan di sana hanya kaya dengan sejarah dan ilmu islam yang lama tetapi masih berguna.Rahsia agama dan ilmu islam yang baharu ada pada pengikut imam Mahdi.





AL MAHDI AL MUNTAZAAR