r1

Search This Blog

Thursday, June 11, 2015

SEBAIK-BAIK JIN ADALAH SEJAHAT-JAHAT MANUSIA

Peribahasa  atau kata-kata ini adalah membandingkan antara jin dan manusia. Ia bermaksud jin yang paling  baik bersamaan sifatnya dengan manusia yang paling jahat di dunia. Tetapi sejauh manakah logiknya jika difikirkan dengan akal.

Mungkin jin yang paling baik boleh dikaitkan kepada jin yang mengajar ilmu perubatan perbomohan kepada terutamanya orang-orang di kepulauan melayu. Mereka mengajar mereka mengubati penyakit kasar dan halus manusia. Tetapi manusia paling jahat boleh dikaitkan dengan orang yang melakukan jenayah 3 dalam 1 iaitu rompak, rogol dan bunuh sekaligus kepada mangsanya. Jadi tidak logiklah atau salahlah peribahasa atau kata-kata tersebut kerana langsung tak sama antara jin paling baik dengan manusia paling jahat.

Sebenarnya peribahsa itu tidak salah. Apa yang dimaksudkan oleh orang yang menciptanya adalah batin dan bukannya zahir. Maksudnya adalah batin jin yang paling baik sama kotornya, buruknya dan busuknya dengan manusia yang paling jahat. Dan ia bukanlah bermaksud dari segi zahir. Ini menunjukkan kerendahan dan kehinaan semulajadi jin jika dibandingkan dengan manusia. Sebab itu manusia tidak boleh berkawan atau bergaul dengan jin kerana tidak setaraf dari segi keadaan batin.

Oleh itu pencipta peribahasa atau kata-kata ini pada zaman dahulu adalah orang yang sangat bijak, berhikmah dan berpengalaman tentang jin dan manusia dan bukan calang-calang orangnya. Cuma manusia pada zaman ini mungkin tidak begitu memahami apa yang cuba disampaikan.

Wassalam.

AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Monday, March 30, 2015

SEDIKIT HAL POLITIK SEMASA

PAS berpuluh tahun berjuang menghentam dan mahu menjatuhkan UMNO kerana UMNO zalim dan korup dan pernah melabelkan UMNO kafir. Tetapi boleh pula bekerjasama dengan PKR yang juga sekular dan DAP yang ternyata kekafirannya dan ada niat jahat utuk menjahanamkan orang melayu dan islam. Di manakah kerasionalan fikiran PAS.

PAS sepatutnya menjadi sekutu UMNO. Hanya dengan cara itu PAS boleh menasihati dan memperbetulkan  UMNO  dari dalam dan memperbaiki dan memulihkan kerajaan sedia ada. KERANA JIKA SESEORANG MELAKUKAN KESALAHAN DIA HARUS DIPERBETULKAN DAN BUKAN DIHENTAM. 





AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Thursday, March 26, 2015

SIAPA DAJAL?

Hadis nabi Muhammad S.A.W ada menyebut bahawa manusia di akhir zaman bertukar menjadi makhluk lain.

Makhluk yang dimaksudkan adalah dajal. Semua manusia pada ketika ini dan zaman hadapan adalah dajal atau manusia dajal. Sebab itu tuhan hantar Dajjal berkuasa tuhan dan imam Mahdi (yang merupakan separuh nabi separuh dajal) kepada manusia di zaman ini. Kalau tuhan hantar nabi kepada manusia zaman ini mereka akan bunuh dengan menggunakan senjata dan teknologi moden. Sebab  itu tuhan hantar utusan yang lebih berkuasa untuk menguasai mereka. Walaubagaimanapun darjat manusia pada ketika ini adalah paling tinggi berbanding manusia terdahulu kerana sifat kedajalan menyeksa diri mereka sendiri.



AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Sunday, March 22, 2015

LIM GUAN ENG TIKAM BELAKANG

Apabila PAS membawa enakmen hukum hudud ke parlimen untuk dibahaskan, Lim Guan Eng menuduh PAS sebagai menikam pakatan rakyat dari belakang.

Tetapi sebenarnya Lim Guan Eng dan DAP telah terlebih dahulu menikam Anwar Ibrahum dari belakang. buktinya: Dengan mengarahkan semua ahli DUN DAP agar tidak menyertai perhimpunan bebaskan Anwar dan agar terus berada di DUN masing-masing pada hari tersebut adalah perbuatan menikam dari belakang. Mereka tidak pun menolong Anwar dan terus membiarkannya mereput dalam penjara.

DAP sungguh licik dalam mempergunakan sekutunya untuk mendapatkan kuasa dan berlepas diri apabila sekutunya dalam kesusahan. DAP TIDAK BOLEH DIPERCAYAI. Seperti tabiat iblis yang berlepas diri selepas menghasut dan menyesatkan. SESUNGGUHNYA DAP SEBENARNYA ADALAH IBLIS!!!!!.

Wahai orang melayu hentikanlah sokongan terhadap pembangkang kerana orang melayu akan kehilangan kuasa dan segala-galanya jika terus menyokong pembangkang.



AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Monday, January 26, 2015

RAKYAT MALAYSIA YANG SUKA MEMANIPULASI UNDANG-UNDANG

Undang-undang demi undang diperkenalkan, tetapi adakah ia berfungsi seperti diharapkan atau hanya untuk kepentingan pihak tertentu saja.

Contohnya dalam kes liwat Anwar Ibrahim, dia dikenakan penjara lima tahun, tetapi dalam kes liwat yang dilakukan oleh ramai pelajar senior ke atas pelajar junior di sekolah berasrma seperti MCKK, SAS dll  mereka tidak kena tindakan apa-apa pun, tetapi Anwar Ibrahim dikenakan tindakan undang-undang.  Ini adalah satu comtoh manipulasi undang-undang yang tidak adil dan hanya untuk kepentingan pihak tertentu dan bukan undang-undang untuk kesejahteraan rakyat. Kalau untuk kesejahteraan rakyat tentu tidak ramai golongan gay dan lesbian yang lahir dari sekolah berasrama dan sekolah berasrama penuh yang kini ramai di Malaysia.

Undang-undang yang baru nak di gubal iaitu hukuman dan tindakan undang-undang terhadap ibu bapa yang merotan anak. Undang-undang ini dengan mudah boleh dimanipulasi, terutama dalam kes penceraian yang melibatkan hak penjagaan ke atas anak, pasangan boleh mengatakan bahawa pasangannya pernah merotan anak  ke tahap keadaan tertentu yang boleh melucutkan hak penjagaan. Sesungguhnya rakyat Malaysia sangat pandai mempergunakan dan memanipulasi undang ditambah dengan peguam berotak iblis yang pandai seperti iblis, yang salah boleh terlepas, yang berada di pihak benar boleh dipersalahkan. Sesungguhnya undang-undang Malaysia bukan benar-benar dipergunakan untuk menolong atau untuk kesejahteraan rakyat.


AL MAHDI AL MUNTAZAAR

ZAHIR KATA YA, BATIN KATA TIDAK

Ramai orang tertentu(kebanyakannya adalah pengikutnya) mengatakan dia adalah imam Mahdi, apabila ditanya kepada tuan punya diri dia menjawab ya, tetapi apabila ditanya secara batin kepada dirinya batin dia menjawab tidak tahu atau bukan. Ini adalah kerana batin imam Mahdi tidak tahu bahawa dirinya adalah imam Mahdi (Imam Mahdi mempunyai banyak batin dengan sifat bertentangan), Hal ini mengelirukan dan menyusahkan pengikutnya yang mahu memperkenalkannya kepada orang lain atau kepada umum.Tetapi tentu ada rahsia disebalik kejadian tuhan ini.




AL MAHDI AL MUNTAZAAR