r1

Search This Blog

Tuesday, November 28, 2023

ADA BANYAK IMAM MAHDI

 Di setiap negara atau daerah akan ada satu imam mahdi. Imam Mahdi ini adalah imam Mahdi kecil peringkat negara atau daerah tersebut. Imam Mahdi kecil ini adalah pelengkap kepada imam Mahdi yang palimg besar iaitu imam mahdi peringkat dunia.


Di kampung Bentong sahaja ada tiga imam mahdi, iaitu imam Mahdi yang paling besar iaitu imam mahdi peringkat dunia, imam Mahdi kecil peringkat dunia dan imam mahdi kecil cawangan kg. Bentong Dalam dan di setiap negara di dunia ada imam Mahdi masing-masing.


Imam mahdi kecil ini membawa satu ciri ataupun kelebihan yang mereka ada, sedangkan imam mahdi yang paling besar memiliki semua ciri-ciri yang ada pada setiap satu imam Mahdi kecil ini.


Imam Mahdi yang paling besar yang paling berkuasa dengan kekeramatan yang paling besar.....





Saturday, November 4, 2023

KUASA HAWA NAFSU TUHAN

Alam semesta gelap kerana dipenuhi oleh kuasa hawa nafsu tuhan. JIka ia tiada maka alam semesta adalah terang dan bercahaya. kuasa hawa nafsu tuhan ini adalah apa yang dipanggil oleh ahli astronomi sebagai dark energy dan dark matter.

Kuasa hawa nafsu tuhan ini ada di depan hidung kita semua tanpa kita sedari.





Friday, November 3, 2023

JiN BERSUKA RIA DALAM NEREKA DAN IBLIS PULA SUGUL

 Jin dan iblis berasa sejuk dan selesa berada di dalam neraka dan berasa panas berada di dalam syurga.

Jin bersuka ria dalam neraka tetapi iblis pula sugul dan tidak berpuas hati kerana ahli neraka sejati di kalangan manusia kebal dan tahan dari api neraka dan berasa selesa berada di dalam neraka.


Ahli neraka sejati adalah manusia yang berada di akhir zaman kedua. Mereka bebas bergerak dan berjalan di dalam neraka. Sedangkan manusia yang hidup pada ketika ini (akhir zaman pertama) bukan ahli neraka sejati dan mereka terbelenggu dengan rantai jika berada di dalam neraka.Mereka juga terseksa dengan api neraka.


Di syurga tiada jin dan iblis, syurga didiami oleh manusia dan bidadari. Di sana manusia lebih cantik dari bidadari.





Tuesday, October 17, 2023

BADAN NERAKA

 Setiap individu yang sedang hidup di dunia pada ketika ini mempunyai badan neraka. Badan neraka ini menunggu terbelenggu dengan rantai di dalam neraka menunggu tuannya yang berada dalam badan dunia dan berpindah masuk apabila mati. Kini adalah akhir zaman dan semua manusia tanpa mengira apa agama mereka adalah ahli neraka...Samada islam, kristian, hindu, buddha, yahudi dll semuanya adalah ahli neraka .





PERTEMPURAN KASIH SAYANG vs PERTEMPURAN CINTA vs PERTEMPURAN DENDAM

 Ada banyak sebab  berlakunya pertempuran sama ada kerana cinta atau pun dendam. Pertempuran kerana kehilangan orang yang dikasihi memakan korban yang paling besar berbanding kerana kehilangan orang yang dicintai ataupun kerana lain-lain dendam.

Kasih sayang adalah kuasa terbesar dan yang kedua adalah kuasa cinta. Kedua-dua kuasa ini adalah  kuasa terbesar berbanding kuasa pelbagai keramat yang kami ada.Kasih sayang adalah suci sedangkan cinta mesti bercampur dengan nafsu.


Kedua-dua kuasa ini dimiliki oleh semua umat manusia....






Friday, June 23, 2023

PROGRAM MANUSIA DAN ALAM SEMESTA

Alam semesta adalah program ALLAH MAHA BESAR yang terbesar dan manusia dan makhluk lain adalah program-program kecil di dalam alam semesta. Program alam semesta boleh diandaikan seperti program komputer MICROSOFT  WINDOWS yang menjalankan program-program kecil di dalamnya yang boleh diandaikan seperti manusia dan makhluk lain. NPC (non playable character) pula boleh dianalogikan seperti binatang-binatang yang banyak melata di muka dunia.


Program alam semesta ini dipanggil PROGRAM  ALLAH. Sebab itu ada ayat Al-quran yang menyatakan bahawa Allah lebih dekat dari urat leher kamu kerana Allah adalah program yang mendirikan kita semua seperti program WINDOWS yang mendirikan semua program lain kerana tanpa WINDOWS tidak mungkin semua program lain dapat dijalankan. Tanpa Allah kita semua tidak wujud.. Allah di dalam alam adalah satu sistem .Sebab itu Allah Maha mengetahui..Seperti sistem WINDOWS yang mengetahui apa yang berlaku di dalam sesebuah computer. Antara program yang diprogramkan ke dalam manusia adalah bakat mereka dan takdir mereka.

Alam semesta, ruang Dan waktu Dan semua makhluk hanyalah seperti pixel di dalam skrin computer ataupun smartphone.

Sebab itu tuhan memberi ilham kepada manusia mencipta komputer untuk memberitahu manusia....