ENGLISH TRANSLATION IS AFTER THIS PART
MOHD HAFEZ@ MUHAMMAD
(IMAM AL MAHDI @ KETUA MUJADID DUNIA),
PUSAT KERAJAAN BATIN IMAM MAHDI,
KLUANG, JOHOR,
MALAYSIA BARAT,
MALAYSIA.
24 OGOS 2012
KEPADA
SELURUH PEMIMPIN DUNIA
DAN SELURUH PENDUDUK DUNIA.
PER: PERMINTAAN UNTUK MENGAMBIL ALIH SELURUH KERAJAAN DI DUNIA DAN SELURUH TANAH DI MUKA BUMI
SELAMAT SEJAHATERA KEPADA SEMUA
Merujuk kepada perkara di atas saya yang bergelar imam Mahdi Al-Muntazaar ingin meminta kebenaran dan kerelaan semua pemimpin dunia dan penduduk dunia untuk mengambil alih seluruh kerajaan dan tanah dipermukaan bumi untuk dijadikan kerajaan zahir dunia imam Mahdi untuk menuju ke zaman/era baru dunia. Saya ingin meminta maaf di atas perkara yang akan dilakukan kepada anda semua dan balasannya adalah syurga untuk anda semua dan kebahagiaan yang abadi.
Semoga kita akan bersama semula di tempat yang kekal setelah dunia berjalan kearah kiamat dengan jalan yang betul.
Yang Benar,
(AL-MAHDI AL MUNTAZAAR)
ENGLISH TRANSLATION:
MOHD HAFEZ@MUHAMMAD
(IMAM AL MAHDI),
IMAM MAHDI GOVERNMENT CENTRE,
KLUANG, JOHOR,
WEST MALAYSIA,
MALAYSIA.
24 AUGUST 2012
TO,
ALL WORLD LEADERS AND
PEOPLE OF THE WORLD.
REF: THE REQUEST TO TAKE OVER ALL COUNTRIES AND LANDS OF THE WORLD
Referring to the reference above I the Mahdi requesting your permission to take over all countries and lands of the world to be build the new government of imam Mahdi to proceed to the new era/new age.
I’m apology for what will happen to all of you and the reward for you is heaven and eternal happiness.
I hope we will meet in the hereafter after the world has End in the right way.
Yours Sincerely,
(AL-MAHDI AL-MUNTAZAAR)
MENGENAI IMAM MAHDI, AJARANNYA DAN KEDATANGAN KIAMAT KECIL DAN KIAMAT BESAR. OLEH: MOHD HAFEZ ABU BAKAR
Friday, August 24, 2012
Monday, August 20, 2012
Surat imam Mahdi kepada Yang Di Pertuan Agung Malaysia
MOHD HAFEZ @ MUHAMMAD
(IMAM AL MAHDI@KETUA MUJADID DUNIA),
Pusat Kerajaan Batin Imam Mahdi.
Kluang,
Johor.
(IMAM AL MAHDI@KETUA MUJADID DUNIA),
Pusat Kerajaan Batin Imam Mahdi.
Kluang,
Johor.
21 ogos 2012
Kepada,
Yang Di Pertuan Agung Malaysia dan
Majlis-Majlis Raja-Raja Melayu.
PER: PERMINTAAN UNTUK MENGAMBIL ALIH SELURUH TANAH DI BAWAH JAJAHAN TAKLUK SELURUH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA
MEMOHON SEMBAH DAN AMPUN DARIPADA DULI- DULI TUANKU.
Merujuk kepada perkara di atas saya yang bergelar Imam Al Mahdi Al Muntazaar momohon limpah kurnia daripada Duli Tuanku dan seluruh Sultan-Sultan dan yang Di Pertua Negeri dan yang Di Pertuan Besar untuk mengambil alih tanah-tanah di setiap jajahan negeri –negeri di Malaysia ( Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan) untuk dijadikan sebahagian daripada kerajaan dunia dan pusat pemerintahan dunia imam Mahdi yang sedang dalam proses permulaan untuk bermula. Dengan terbinanya kerajaan imam Mahdi kelak kelestarian bangsa melayu akan sampai hari kiamat dan bangsa melayu akan memenuhi dan menguasai di setiap penjuru dunia dan bahasa melayu akan menjadi bahasa rasmi dunia.
Saya harap permintaan saya ini mendapat perkenan dan limpah kurnia dari Duli-Duli Tuanku.
AMPUN TUANKU.
Yang Benar,
(AL- MAHDI AL- MUNTAZAAR)
Thursday, August 16, 2012
KENAPA LELAKI BUANG AIR KECIL SELEPAS BERSETUBUH ATAU KELUAR MANI
Setiap kali selepas keluar mani atau selepas bersetubuh lelaki akan buang air kecil kira-kira selepas 5-10 minit setelah air mani keluar.
Ini adalah kerana semasa bersetubuh mungkin kuman dari alat kelamin perempuan masuk ke dalam salur zakar akibat daripada tolakan zakar, oleh itu untuk membersihkan saluran zakar, lelaki akan kencing untuk mengeluarkan lebihan air mani dan kuman yang berada dalam saluran zakar. Perkara ini adalah sesuatu yang hebat dan baik dan tidak menyusahkan atau menjengkelkan, satu menjadi satu kelemahan atau kehinaan seperti anggapan kebanyakan lelaki yang jahil dan bodoh.
Ia adalah satu proses semulajadi yang tuhan berikan kepada lelaki dan satu kebaikan kepada lelaki dan lelaki tidak perlu malu untuk kencing selepas bersetubuh.
Untuk mengetahui lebih banyak rahsia pergi ke http://imam-mahdi.zxq.net atau newer or older post.
AL MAHDI AL MUNTAZAAR
MENGAPA TUHAN JADIKAN MAKANAN DAN BUAH-BUAHAN BERASA LAZAT
Makanan yang dimakan manusia kebanyakannya sedap dan lazat. Manusia makan kerana lapar, untuk kesihatan dan untuk nafsu. Tetapi manusia zaman ini tidak tahu akan rahsia batin yang boleh diperolehi apabila memakan makanan yang sedap dan lazat.
Tidak haram jika kita memakan makanan selagi ia tidak mendatangkan mudarat kepada diri. Tidaklah perlu memakan hingga terlalu kenyang hingga tidak mampu makan lagi, cukuplah sekadar kenyang. Di sini akan diterangkan akan faedah dari segi zahir dan batin apabila memakan makanan yang sedap dan lazat.
Rasa makanan yang lazat sebenarnya dapat menyegarkan saraf-saraf dan saraf-saraf batin yang seterusnya dapat memberi kesegaran kepada badan dan menambah kesihatan. Kesedapan makanan akan dapat memberi kenikmatan kepada nafsu dan batin seseorang dan seterusnya membersihkan batin seseorang itu dari kekotoran batin dunia dan juga kekotoran batin iblis dan syaitan yang melekat di saraf otak dan badan batin seseorang manusia. Tidaklah perlu makan dengan banyak untuk itu, cukuplah makan dengan penuh tumpuan, perasaan penuh menikmati dan penuh rasa walaupun makanan itu sedikit. Kenikmatan makanan juga dapat menghilangkan neraka dalam tulang belakang, otak dan batin seseorang. Dengan itu kesedapan makanan dapat mengurangkan kejahatan seseorang kerana neraka dalam tulang belakanglah yang mendorong seseorang itu melakukan kejahatan terhadap orang lain. Makanan dapat memberi tenaga dan kesedapan makanan dapat memberi tenaga dan kesegaran kepada batin seseorang.
Oleh itu makanan sememangnya member banyak faedah batin dan zahir. Makanlah makanan yang baik, sedap dan selamat untuk dimakan dizaman di mana makanan melimpah ruah seperti di Malaysia ini.
Untuk mengetahui lebih banyak rahsia pergi ke http://imam-mahdi.zxq.net atau pergi ke older or newer post
AL MAHDI AL MUNTAZAAR
Tuesday, May 29, 2012
HADIS-HADIS MENGENAI IMAM MAHDI
HADIS-HADIS NABI MUHAMMAD MENGENAI IMAM MAHDI
Hadis mengenai imam Mahdi adalah hadis mutawatir di mana ia diriwayatkan oleh 33 orang sahabat. Walau pun dalam sohih Bukhari dan Muslim tidak dijelaskan tentang imam Mahdi secara terang di mana ia hanya disebut sebagai imam, pemimpin yang soleh tetapi dalam banyak hadis daripada perawi yang lain seperti Ibnu Majah, Tirmizi, Abu Daud dan selain mereka maka ia disebut secara jelas tentang imam Mahdi melalui hadis sohih dengan sanad yang sohih.
Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi
Telah bersabda Rasululah s.a.w, “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)
Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya bumi dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis. Hadith riwayat At-Tabarani.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim dan Ahmad daripada Jabir bin Abdullah di mana dia telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :“Sentiasa ada segolongan daripada umatku yang berjuang atas jalan kebenaran secara berterus terang sehingga hari qiamat. Sabdanya lagi : Lalu turunlah nabi Isa bin Maryam maka berkatalah pemimpin daripada kalangan mereka (imam Mahdi) : Silalah bersembahyang bersama kami sebagai imam. Lalu sabda Nabi Isa : Tidak! Sesungguhnya di kalangan kamu menjadi pemimpin sebagai suatu penghormatan terhadap umat ini.”
Hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad daripada Abi Said al-Khudri telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Akan lahir dalam umatku Mahdi sekiranya dipanjangkan umurnya atau pendek maka beliau akan hidup selama tujuh atau lapan atau sembilan tahun di mana akan dilimpahi muka bumi ini kesaksamaan dan keadilan, keluar tumbuh-tumbuhan daripada bumi dan turunnya hujan dari langit.”
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim daripada Ummu Salamah telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Mahdi daripada keturunanku daripada anak Sayyidatina Fatimah.”
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad).
Rasulullah saw berkata,"Al-Mahdi akan muncul dalam umatku. Dia akan muncul selama sedikitnya 7 tahun dan paling banyak 9 tahun. Umatku akan mengalami perasaan yang tidak dialami sebelumnya. Akan terjadi limpahan makanan, yang tidak perlu disimpan sama sekali, harta pada saat itu berlimpah, sehingga jika seorang manusia meminta Mahdi, dia akan berkata: "Ini, ambil" (Ibn Majah).
Hudzaifah berkata: Rasulullah saw bersabda: “Mahdi adalah putraku yang wajahnya seperti bintang kejora”.
Dari Hudzaifah ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “Mahdi adalah putraku yang wajahnya seperti bintang kejora, warana kulitnya seperti warna kulit orang Arab, dan badannya seperti badan orang Israel (Yahudi) yang akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana telah dipenuhi oleh kezaliman, penduduk langit akan rela atas kepemimpinannya, dan begitu juga burung di angkasa, di mana beliau akan memerintah selama dua puluh tahun”.
Dari Makhul dari imam Ali bin Abi Thalib as bersabda: “aku berkata wahai rasulullah! Apaka Mahdi termasuk dari kita (keluarga Muhammad saw) atau selain dari keluarga kita? Maka Rasulullah saw bersabda: tidak, Mahdi adalah termasuk dari keluarga kita, Allah SWT akan mengakhiri agamanya melalui perantara kita sebagaimana Allah telah membukanya melalui perantara kita, dengan kita mereka terselamatkan dari fitnah atau cobaan sebagaimana mereka juga telah terbebas dari belengu kemusrikan berkat kita, dengan kitalah hati-hati manusia menjadi lunak setelah dialanda kerasnya permusuhan, dengan kitalah manusia yang dulunya bersengketa menjadi saling kasih dalam ikatan persaudaraan”.
Aisyah Ummul Mukminin RA telah berkata, "Pada suatu hari tubuh Rasulullah s.a.w. bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, 'Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?' Rasulullah s.a.w. menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahwa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju baitullah untuk memburu seorang laki-laki quraisy yang pergi mengungsi ke Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi.' Kemudian kami bertanya, 'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?' Beliau menjawab, 'Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda. Kemudian Allah s.w.t. akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit, menurut niat mereka masing-masing.'" (HR. Bukhary, Muslim).
Untuk mengetahui siapa imam Mahdi sebenar lawatilah http://imam-mahdi.zxq.net atau lihat post lain di blog ini.
AL MAHDI AL MUNTAZAAR
Friday, May 11, 2012
RAHSIA HUBUNGAN SEKS
RAHSIA BATIN PERSETUBUHAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG TIDAK DIKETAHUI OLEH UMAT ZAMAN INI
Persetubuhan banyak hikmahnya sama ada dari segi fizikal, mental dan spiritual. Tetapi rahsia spiritualnya tidak diketahui oleh manusia zaman ini. Dari segi fizikal ia boleh menghasilkan anak dan menjadikan badan lebih sihat. Dari segi mental ia boleh memberikan ketenangan mental dan menghilangkan tekanan dan stress yang disebabakan oleh tekanan hawa nafsu dan juga tekanan kerja dan tekanan kehidupan seharian.
Persetubuhan dari segi batin atau spiritual pula ia boleh menghilangkan neraka dalam badan manusia (dalam batin dan tulang belakang). Bukankah selepas bersetubuh seseorang itu merasa badannya lebih tenang dan sejuk, ini adalah kerana kepanasan neraka yang disebabkan oleh tekanan hawa nafsu dan juga neraka yang wujud secara tidak langsung telah hilang akibat dari pancutan mani semasa persetubuhan. Neraka yang wujud dalam badan manusia adalah akibat daripada beberapa sebab antaranya ialah tekanan nafsu yang tidak dilepaskan, tekanan perasaan, kemarahan, perbuatan seseorang yang menyakitkan perasaan dan batin seseorang dan beberapa perkara lagi. Jika ia tidak dihapuskan atau dihilangkan ia akan mendorong seseorang itu melakukan keganasan dan kerosakan untuk melepaskan perasaan mereka, oleh itu dengan persetubuhan semua tekanan akan dapat dilepaskan dan dihilangkan. Nabi Muhammad menyatakan dalam hadisnya bahawa apabila seseorang itu berkahwin maka dia telah mendapat separuh agama, maksudnya ialah mereka akan mendapat syurga(kesejukan akibat hilangnya nereka badan) dalam badan mereka kerana mereka telah mendapat persetubuhan. Maka dengan itu sifat mereka menjadi lebih baik dan ‘sejuk’ berbanding mereka yang belum atau tidak berkahwin.
Selepas persetubuhan juga mereka akan merasa batin mereka lebih bersih dan segar serta baharu kerana kekotoran dan kekusutan dunia yang melekat akibat dati aktiviti seharian yang dilalui telah tanggal dari baitn dan roh mereka dan dalaman mereka. Itulah fungsi batin bersetubuhan yang tidak diketahui umum atau telah hilang ilmunya akibat dari peredaran zaman.
Jika seseorang itu tidak mendapat manfaat dari segi batin selepas persetubuhan bermakna mereka mempunyai masalah batin yang perlu diuruskan atau diubati.
Untuk artikel lain pergi ke older or newer post atau ke imam-mahdi.zxq.net
Subscribe to:
Posts (Atom)
