r1

Search This Blog

Sunday, September 2, 2012

KESUKARAN DAN KEPERITAN IMAM MAHDI UNTUK MEMULAKAN KERAJAAN

Semasa kecil sudah mula berkerja sebagai nabi dengan memberikan cahaya kewalian kepada keluarga dan saudara mara serta orang-orang yang dia berjumpa. Semasa sebelum terciptanya parawali zaman baharu pada tahun 1998, para malaikatlah yang membantunya secara sembunyi dan tanpa diketahui olehnya. Sesetengah para malaikat menyediakannya untuk keluar pada tahun 1998 dan sesetengahnya pula menyediakannya untuk mati dan berlakunya kiamat pada tahun 1998. Batinnya diperkuatkan dan juga dirosakkan pada masa yang sama. Pada umur 24 tahun dia ditemui oleh orang-orangnya yang kemudiannya menjadi pengikutnya dalam keadaan rosak batin dan zahir. Tetapi masih boleh memberikan cahaya kewalian dan mencipta para wali baharu.


Para wali yang menemuinya dalam keadaan uzur batin dan zahir memulihkan dan memperbaharui zahir dan batinnya, sehingga ke hari ini (2013) proses penguatan dan pemulihan masih berjalan. Walaupun berijazah tetapi tiada perkerjaan dan tiada duit untuk melakukan sesuatu. Kena buat pelbagai kerja sebagai imam Mahdi tetapi tidak mempunyai sumber kewangan dan kemampuan yang cukup. Dalam keadaan lemah dan binggung (setelah mengetahui dia adalah imam Mahdi) memulakan kerjanya mengunjungi masjid-masjid dan tempat umum dengan motor buruk dan tiada wang. Mencipta wali-wali pengikut baharu agar boleh menolongnya membina kerajaan baharu. Tidak diberi apa-apa tetapi harus memulakan kerja seorang diri secara zahirnya kerana keluargnya sendiri tidak mepercayainya dan menganggapnya gila dan sakit mental. Menyebarkan cahaya kewalian di sekitar Kluang dan Kuala Lumpur dengan mengunjunginya dalam sesuatu urusan. Kawasan Kluang adalah pusat kerajaan batinnya dan Kuala Lumpur adalah pusat untuk menyebarkan cahaya kewalian ke seluruh dunia kerana ia menjadi tumpuan pelancong dan warga asing. Dari Kuala Lumpurlah cahaya kewalian berkembang di kebanyakkan bandar dan kawasan di seluruh dunia. Imam Mahdi berada di Kuala Lumpur selama 6 tahun sebelum kembali ke Kluang dan kini telah menjangkau 17 tahun di Kluang. 


Pengikutnya berjumlah lebih 30, 000 orang dan ada yang telah ghaib (wali sembunyi) dan ramai yang masih seperti orang biasa dan merahsiakan penemuan mereka. Mereka sama-sama memikirkan cara untuk memperbetulkan, menguatkan dan mengeluarkan imam Mahdi ke khalayak umum dan merintis kerajaannya agar dunia baharu boleh terbentuk. Kini keadaannya semakin baik dan semakin bersedia dan hari untuk keluar semakin dekat.



AL MAHDI AL MUNTAZAAR


Friday, August 24, 2012

LETTER TO WORLD LEADERS (SURAT KEPADA SELURUH PEMIMPIN DUNIA)

ENGLISH TRANSLATION IS AFTER THIS PART

MOHD HAFEZ@ MUHAMMAD
(IMAM AL MAHDI @ KETUA MUJADID DUNIA),
PUSAT KERAJAAN BATIN IMAM MAHDI,
KLUANG, JOHOR,
MALAYSIA BARAT,
MALAYSIA.

24 OGOS  2012


KEPADA

 SELURUH PEMIMPIN DUNIA
DAN SELURUH PENDUDUK DUNIA.

PER: PERMINTAAN UNTUK MENGAMBIL ALIH SELURUH KERAJAAN DI DUNIA DAN SELURUH TANAH DI MUKA BUMI
SELAMAT SEJAHATERA KEPADA SEMUA

Merujuk kepada perkara di atas saya yang bergelar imam Mahdi Al-Muntazaar ingin meminta kebenaran dan kerelaan semua pemimpin dunia dan penduduk dunia untuk mengambil alih seluruh kerajaan dan tanah dipermukaan bumi untuk dijadikan kerajaan zahir dunia imam Mahdi untuk menuju ke zaman/era baru dunia. Saya ingin meminta maaf di atas perkara yang akan dilakukan kepada anda semua dan balasannya adalah syurga untuk anda semua dan kebahagiaan yang abadi.

Semoga kita akan bersama semula di tempat yang kekal setelah dunia berjalan kearah kiamat dengan jalan yang betul.

Yang Benar,



















(AL-MAHDI AL MUNTAZAAR)



 ENGLISH TRANSLATION:


MOHD HAFEZ@MUHAMMAD
(IMAM AL MAHDI),
IMAM MAHDI GOVERNMENT CENTRE,
KLUANG, JOHOR,
WEST MALAYSIA,
MALAYSIA.

24 AUGUST 2012

TO,

ALL WORLD LEADERS AND
PEOPLE OF THE WORLD.


REF: THE REQUEST TO TAKE OVER ALL COUNTRIES AND LANDS OF THE WORLD

Referring to the reference above I the Mahdi requesting your permission to take over all countries and lands of the world to be build the new government of imam Mahdi to proceed to the new era/new age.
I’m apology for what will happen to all of you and the reward for you is heaven and eternal happiness.

I hope we will meet in the hereafter after the world has End in the right way.

Yours Sincerely,














(AL-MAHDI AL-MUNTAZAAR)

Monday, August 20, 2012

Surat imam Mahdi kepada Yang Di Pertuan Agung Malaysia

MOHD HAFEZ @ MUHAMMAD
(IMAM AL  MAHDI@KETUA MUJADID DUNIA),
Pusat Kerajaan Batin Imam Mahdi.
Kluang,
Johor.

21 ogos 2012


Kepada,

Yang Di Pertuan Agung Malaysia dan
Majlis-Majlis Raja-Raja Melayu.

PER: PERMINTAAN UNTUK MENGAMBIL  ALIH SELURUH TANAH DI BAWAH JAJAHAN TAKLUK SELURUH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

MEMOHON SEMBAH DAN AMPUN DARIPADA DULI- DULI  TUANKU.

Merujuk kepada perkara di atas saya yang bergelar Imam Al Mahdi Al Muntazaar momohon limpah kurnia daripada  Duli Tuanku dan seluruh Sultan-Sultan  dan yang Di Pertua Negeri dan yang Di Pertuan Besar untuk mengambil alih tanah-tanah di setiap jajahan negeri –negeri di Malaysia ( Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan) untuk dijadikan sebahagian daripada kerajaan dunia dan pusat pemerintahan dunia imam Mahdi yang sedang dalam proses permulaan untuk bermula. Dengan terbinanya kerajaan imam Mahdi kelak kelestarian bangsa melayu akan sampai hari kiamat dan bangsa melayu akan memenuhi dan menguasai di setiap penjuru dunia dan bahasa melayu akan menjadi bahasa rasmi dunia.
Saya harap permintaan saya ini mendapat perkenan dan limpah kurnia dari Duli-Duli Tuanku.

AMPUN TUANKU.


Yang Benar,








 





(AL- MAHDI AL- MUNTAZAAR)

Thursday, August 16, 2012

KENAPA LELAKI BUANG AIR KECIL SELEPAS BERSETUBUH ATAU KELUAR MANI

Setiap kali selepas keluar mani atau selepas bersetubuh lelaki akan buang air kecil kira-kira selepas 5-10 minit setelah air mani keluar.

Ini adalah kerana semasa bersetubuh mungkin kuman dari alat kelamin perempuan masuk ke dalam salur zakar akibat daripada tolakan zakar, oleh itu untuk membersihkan saluran zakar, lelaki akan kencing untuk mengeluarkan lebihan air mani dan kuman yang berada dalam saluran zakar. Perkara ini adalah  sesuatu yang hebat dan baik dan tidak menyusahkan atau menjengkelkan, satu menjadi satu kelemahan atau kehinaan seperti anggapan kebanyakan lelaki yang jahil dan bodoh.

Ia adalah satu proses semulajadi yang tuhan berikan kepada lelaki dan satu kebaikan kepada lelaki dan lelaki tidak perlu malu untuk kencing selepas bersetubuh.

Untuk mengetahui lebih banyak rahsia pergi ke http://imam-mahdi.zxq.net atau newer or  older post.



AL MAHDI AL MUNTAZAAR

MENGAPA TUHAN JADIKAN MAKANAN DAN BUAH-BUAHAN BERASA LAZAT

Makanan yang dimakan manusia kebanyakannya sedap dan lazat. Manusia makan kerana lapar, untuk kesihatan dan untuk nafsu. Tetapi manusia zaman ini tidak tahu akan rahsia batin yang boleh diperolehi apabila memakan makanan yang sedap dan lazat.

Tidak haram jika kita memakan makanan selagi ia tidak mendatangkan mudarat kepada diri. Tidaklah perlu memakan hingga terlalu kenyang hingga tidak mampu makan lagi, cukuplah sekadar kenyang. Di sini akan diterangkan akan faedah dari segi zahir dan batin apabila memakan makanan yang sedap dan lazat. 

Rasa makanan yang lazat sebenarnya dapat menyegarkan saraf-saraf dan saraf-saraf batin yang seterusnya dapat memberi kesegaran kepada badan dan menambah kesihatan. Kesedapan  makanan akan dapat memberi kenikmatan kepada nafsu dan batin  seseorang dan seterusnya membersihkan batin seseorang itu dari kekotoran batin dunia dan juga kekotoran batin iblis dan syaitan yang melekat di saraf otak dan badan batin seseorang manusia. Tidaklah perlu makan dengan banyak untuk itu, cukuplah makan dengan penuh tumpuan, perasaan penuh menikmati dan penuh rasa walaupun makanan itu sedikit. Kenikmatan makanan juga dapat menghilangkan neraka dalam tulang belakang, otak dan batin seseorang. Dengan itu kesedapan makanan dapat mengurangkan kejahatan seseorang kerana neraka dalam tulang belakanglah yang mendorong seseorang itu melakukan kejahatan terhadap orang lain. Makanan dapat memberi tenaga dan kesedapan makanan dapat memberi tenaga dan kesegaran  kepada batin seseorang.


Oleh itu makanan sememangnya member banyak faedah batin dan zahir. Makanlah makanan yang baik, sedap dan selamat untuk dimakan dizaman di mana makanan melimpah ruah seperti di Malaysia ini.

Untuk mengetahui lebih banyak rahsia pergi ke http://imam-mahdi.zxq.net atau pergi ke older or newer post



AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Tuesday, May 29, 2012

HADIS-HADIS MENGENAI IMAM MAHDI

HADIS-HADIS NABI MUHAMMAD MENGENAI IMAM MAHDI



Hadis mengenai imam Mahdi adalah hadis mutawatir di mana ia diriwayatkan oleh 33 orang sahabat. Walau pun dalam sohih Bukhari dan Muslim tidak dijelaskan tentang imam Mahdi secara terang di mana ia hanya disebut sebagai imam, pemimpin yang soleh tetapi dalam banyak hadis daripada perawi yang lain seperti Ibnu Majah, Tirmizi, Abu Daud dan selain mereka maka ia disebut secara jelas tentang imam Mahdi melalui hadis sohih dengan sanad yang sohih.

Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi

Telah bersabda Rasululah s.a.w, “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)

Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya bumi dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis. Hadith riwayat At-Tabarani. 



Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim dan Ahmad daripada Jabir bin Abdullah di mana dia telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :“Sentiasa ada segolongan daripada umatku yang berjuang atas jalan kebenaran secara berterus terang sehingga hari qiamat. Sabdanya lagi : Lalu turunlah nabi Isa bin Maryam maka berkatalah pemimpin daripada kalangan mereka (imam Mahdi) : Silalah bersembahyang bersama kami sebagai imam. Lalu sabda Nabi Isa : Tidak! Sesungguhnya di kalangan kamu menjadi pemimpin sebagai suatu penghormatan terhadap umat ini.”

Hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad daripada Abi Said al-Khudri telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Akan lahir dalam umatku Mahdi sekiranya dipanjangkan umurnya atau pendek maka beliau akan hidup selama tujuh atau lapan atau sembilan tahun di mana akan dilimpahi muka bumi ini kesaksamaan dan keadilan, keluar tumbuh-tumbuhan daripada bumi dan turunnya hujan dari langit.”
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim daripada Ummu Salamah telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Mahdi daripada keturunanku daripada anak Sayyidatina Fatimah.”

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad).

Rasulullah saw berkata,"Al-Mahdi akan muncul dalam umatku. Dia akan muncul selama sedikitnya 7 tahun dan paling banyak 9 tahun. Umatku akan mengalami perasaan yang tidak dialami sebelumnya. Akan terjadi limpahan makanan, yang tidak perlu disimpan sama sekali, harta pada saat itu berlimpah, sehingga jika seorang manusia meminta Mahdi, dia akan berkata: "Ini, ambil" (Ibn Majah).



Hudzaifah berkata: Rasulullah saw bersabda: “Mahdi adalah putraku yang wajahnya seperti bintang kejora”.
Dari Hudzaifah ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “Mahdi adalah putraku yang wajahnya seperti bintang kejora, warana kulitnya seperti warna kulit orang Arab, dan badannya seperti badan orang Israel (Yahudi) yang akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana telah dipenuhi oleh kezaliman, penduduk langit akan rela atas kepemimpinannya, dan begitu juga burung di angkasa, di mana beliau akan memerintah selama dua puluh tahun”.

Dari Makhul dari imam Ali bin Abi Thalib as bersabda: “aku berkata wahai rasulullah! Apaka Mahdi termasuk dari kita (keluarga Muhammad saw) atau selain dari keluarga kita? Maka Rasulullah saw bersabda: tidak, Mahdi adalah termasuk dari keluarga kita, Allah SWT akan mengakhiri agamanya melalui perantara kita sebagaimana Allah telah membukanya melalui perantara kita, dengan kita mereka terselamatkan dari fitnah atau cobaan sebagaimana mereka juga telah terbebas dari belengu kemusrikan berkat kita, dengan kitalah hati-hati manusia menjadi lunak setelah dialanda kerasnya permusuhan, dengan kitalah manusia yang dulunya bersengketa menjadi saling kasih dalam ikatan persaudaraan”.

Aisyah Ummul Mukminin RA telah berkata, "Pada suatu hari tubuh Rasulullah s.a.w. bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, 'Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?' Rasulullah s.a.w. menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahwa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju baitullah untuk memburu seorang laki-laki quraisy yang pergi mengungsi ke Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi.' Kemudian kami bertanya, 'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?' Beliau menjawab, 'Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda. Kemudian Allah s.w.t. akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit, menurut niat mereka masing-masing.'" (HR. Bukhary, Muslim).

Untuk mengetahui siapa imam Mahdi sebenar lawatilah http://imam-mahdi.zxq.net atau lihat post lain di blog ini.


AL MAHDI AL MUNTAZAAR