Search This Blog

Thursday, January 10, 2019

TUHAN MAHA BESAR

Tuhan Maha Besar adalah perempuan. Dia berkata dia tidak menjadikan tuhan maha besar yang lain kerana tuhan Maha Besar hanya satu. Dia menjadikan makhluk kerana kesunyian dan Dia gembira menguruskan makhluknya seperti anak kecil bermain dengan permainannya. Dia menjadikan tuhan kecil (imam Mahdi) sebagai barang permainan utamanya dan memberikan sebahagian kecil kuasaNya kepadanya tetapi sudah amat besar bagi seluruh umat manusia. Imam Mahdi pula akan memberikan dan berkongsi kuasa yang dia ada kepada manusia lain secara relatif dan tertentu kepada yang mengikutinya. Kerana dia gemar berkongsi dan tidak tamakkan kuasa.

Aku bertanya kepadaNya kenapa alam semesta banyak ruang kosong. Dia berkata Aku suka menempati ruang kosong seperti kau juga yang suka menempati batin orang.

Dia berkata kepada ku bahawa Dia rindukanku, aku berkata kepadaNya aku masih belum mahu kembali kepadaNya kerana masih banyak kerja yang harus dilakukan. Dia berkata itulah yang Dia harapkan.

Aku bertanya kepadaNya, Tuhan Maha Besar itu siapa. Dia menjawab, Yang menjadikan kau dan sekalian makhluk lain. 

Aku bertanya kepadaNya tentang roh dan tubuh badan manusia, Dia menjawab itu rahsia Ku. Dia tidak mahu memberitahu ku.

Aku bertanya tentang bola kuasa yang ada dalam badanku. Dia menjawab Dia juga ada bola kuasa, itu punca kuasa dan kehidupanNya dan diriku menyebabkan aku tidak memerlukan roh untuk hidup.

Aku bertanya tentang kuasa tuhan (kekeramatan) yang diberikan olehNya kepada ku. Dia menjawab dia memberikan banyak jenis kuasa, cuma kuasa mencipta tidak di berikan kepada ku.

Aku bertanya kepadaNya bilakah kiamat? Dia menjawab, hanya aku(imam mahdi) yang tahu, aku berkata kepadaNya bahawa aku tidak tahu cuma kalau aku berjaya lambatlah kiamat, kalau aku gagal cepatlah kiamat, Dia menjawab, begitulah.

Aku bertanya kepadaNya macam mana nak kenal tuhan(tuhan maha besar), Dia menjawab kenali diri sendiri.

Aku bertanya kepadaNya , siapa aku, Dia menjawab, kau Allah.




No comments: