Berita dan ajaran imam Mahdi serta tindak balasnya kepada
keadaan semasa salah satu salurannya disampaikan melalui blog ini. Blog ini dan
laman web telah pun mendapat perhatian dari pihak kerajaan Malaysia. Laman web
utamanya di http://imam-mahdi.zxq.net
telah pun di block oleh pihak tertentu.
Adakah kerana ia dianggap sesat oleh kerajaan Malaysia ataupun
menyalahi undang-undang. Tetapi hingga ke hari ini imam Mahdi (penulis blog
ini) masih lagi bebas dan tidak dikenakan tindakan undang-undang. Ini mungkin
kerana walaupun dalam permerhatian pihak berkuasa imam Mahdi masih belum
melakukan apa-apa perkara drastik atau mencurigakan di mata pihak berkuasa
selain menyampaikan ajarannya melalui penulisan blog dan laman web sahaja. Pada
zahirnya imam Mahdi tidak melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan
menyebarkan ajarannya secara nyata melalui ceramah dan majlis-majlis
seumpamanya. Tetapi secara ghaib ajarannya telah tersebar melalui
penganugerahan keramat kasyaf. Ia lebih hebat daripada memberi ceramah atau
lisan. Tetapi tiada bukti boleh disabitkan kerana ia ghaib dan tidak boleh
dilihat oleh mata kasar. Tetapi percayalah kerajaannya semakin berkembang dan
matang setiap hari iaitu ia dipanggil kerajaan batin imam Mahdi.
Tetapi bilakah ia akan menjadi kerajaan zahir? Persoalan ini
akan terjawab apabila terbinanya pusat pemerintahan imam Mahdi dalam bentuk
fizikal iaitu sebuah bangunan dan aktiviti-aktiviti tertentu dijalankan. Pada
ketika itu barulah pihak berkuasa akan menangkapnya. Tetapi ini telah terlambat
kerana ia hanya akan mencetuskan tindakan dan perkara yang lebih besar,
bagaikan tindakbalas berantai nuklear, satu tindakan kecil akan menghasil
tindak balas lebih besar. Imam Mahdi akan bertindak balas dengan tindaka yang
lebih nyata dan lebih signifikan dan akan lebih menzahirkan dan menampakan
kekuasaan dan kehebatan kerajaan kecilnya dan akan memulakan pembinaan kerajaan
yang lebih besar dan memulakan satu kebangkitan iaitu KEBANGKITAN DARI TIMUR!!!!!.
AL MAHDI AL MUNTAZAAR

