MENGENAI IMAM MAHDI, AJARANNYA DAN KEDATANGAN KIAMAT KECIL DAN KIAMAT BESAR. OLEH: MOHD HAFEZ ABU BAKAR
Saturday, November 4, 2023
KUASA HAWA NAFSU TUHAN
Friday, November 3, 2023
JiN BERSUKA RIA DALAM NEREKA DAN IBLIS PULA SUGUL
Jin dan iblis berasa sejuk dan selesa berada di dalam neraka dan berasa panas berada di dalam syurga.
Jin bersuka ria dalam neraka tetapi iblis pula sugul dan tidak berpuas hati kerana ahli neraka sejati di kalangan manusia kebal dan tahan dari api neraka dan berasa selesa berada di dalam neraka.
Ahli neraka sejati adalah manusia yang berada di akhir zaman kedua. Mereka bebas bergerak dan berjalan di dalam neraka. Sedangkan manusia yang hidup pada ketika ini (akhir zaman pertama) bukan ahli neraka sejati dan mereka terbelenggu dengan rantai jika berada di dalam neraka.Mereka juga terseksa dengan api neraka.
Di syurga tiada jin dan iblis, syurga didiami oleh manusia dan bidadari. Di sana manusia lebih cantik dari bidadari.
Tuesday, October 17, 2023
BADAN NERAKA
Setiap individu yang sedang hidup di dunia pada ketika ini mempunyai badan neraka. Badan neraka ini menunggu terbelenggu dengan rantai di dalam neraka menunggu tuannya yang berada dalam badan dunia dan berpindah masuk apabila mati. Kini adalah akhir zaman dan semua manusia tanpa mengira apa agama mereka adalah ahli neraka...Samada islam, kristian, hindu, buddha, yahudi dll semuanya adalah ahli neraka .
PERTEMPURAN KASIH SAYANG vs PERTEMPURAN CINTA vs PERTEMPURAN DENDAM
Ada banyak sebab berlakunya pertempuran sama ada kerana cinta atau pun dendam. Pertempuran kerana kehilangan orang yang dikasihi memakan korban yang paling besar berbanding kerana kehilangan orang yang dicintai ataupun kerana lain-lain dendam.
Kasih sayang adalah kuasa terbesar dan yang kedua adalah kuasa cinta. Kedua-dua kuasa ini adalah kuasa terbesar berbanding kuasa pelbagai keramat yang kami ada.Kasih sayang adalah suci sedangkan cinta mesti bercampur dengan nafsu.
Kedua-dua kuasa ini dimiliki oleh semua umat manusia....
Friday, June 23, 2023
PROGRAM MANUSIA DAN ALAM SEMESTA
Alam semesta adalah program ALLAH MAHA BESAR yang terbesar dan manusia dan makhluk lain adalah program-program kecil di dalam alam semesta. Program alam semesta boleh diandaikan seperti program komputer MICROSOFT WINDOWS yang menjalankan program-program kecil di dalamnya yang boleh diandaikan seperti manusia dan makhluk lain. NPC (non playable character) pula boleh dianalogikan seperti binatang-binatang yang banyak melata di muka dunia.
Program alam semesta ini dipanggil PROGRAM ALLAH. Sebab itu ada ayat Al-quran yang menyatakan bahawa Allah lebih dekat dari urat leher kamu kerana Allah adalah program yang mendirikan kita semua seperti program WINDOWS yang mendirikan semua program lain kerana tanpa WINDOWS tidak mungkin semua program lain dapat dijalankan. Tanpa Allah kita semua tidak wujud.. Allah di dalam alam adalah satu sistem .Sebab itu Allah Maha mengetahui..Seperti sistem WINDOWS yang mengetahui apa yang berlaku di dalam sesebuah computer. Antara program yang diprogramkan ke dalam manusia adalah bakat mereka dan takdir mereka.
Alam semesta, ruang Dan waktu Dan semua makhluk hanyalah seperti pixel di dalam skrin computer ataupun smartphone.
Sebab itu tuhan memberi ilham kepada manusia mencipta komputer untuk memberitahu manusia....
Sunday, June 11, 2023
PERJANJIAN DI ALAM ROH
Setiap roh manusia ketika berada di alam roh pernah berjanji dengan roh-roh manusia lain yang berjanji akan hidup bersama apabila lahir di dunia nanti yang mana mereka adalah jodohnya.
Setiap roh berjanji dengan banyak roh-roh lain untuk hidup bersama. imam mahdi(nur muhammad) paling banyak berjanji dengan roh-roh lain begitu juga roh-roh lain berjanji dengannya.
Oeh itu jodoh seseorang lelaki dan perempuan itu adalah banyak ketika berada di dunia dan bukanya seorang sahaja.Cuma kita sahaja yang tidak ingat perjanjian antara roh-roh ini apabila kita lahir di dunia.
Perjanjian antara roh ini juga menyumbang kepada gejala gay dan lesbian kerana bagi seorang yang lahir ke dunia sebagai lelaki mungkin bertemu dengan roh yang pernah berjanji dengannya yang juga lahir sebagai lelaki, walau bagaiana pun mungkin ada roh lain yang pernah berjanji dengannya yang lahir sebagai perempuan. begitu juga dengan seseorang yang lahir sebagai perempuan, mungkin ada roh-roh yang pernah berjanji dengannya yang lahir ke dunia sebagai perempuan ataupun lelaki.




