r1

Search This Blog

Wednesday, December 4, 2013

APAKAH NASIB PENGIKUT IMAM MAHDI YANG TELAH MENINGGAL DUNIA AKIBAT TUA? SYURGA ATAU NERAKA……




Ramai juga para pengikut imam Mahdi yang telah tua meninggal dunia akibat pelbagai penyakit.  Kerajaan batin imam Mahdi telah berusia 16 tahun dan ramai juga pengikutnya telah bersama-samanya telah meninggal dunia. Persoalannya, mereka masuk syurga atau neraka apabila mati? Jawapannya mudah sahaja. Semua manusia pada ketika ini apabila mati masuk neraka walaupun dia seorang nabi. Tetapi imam Mahdi boleh memasukkan pengikutnya yang mati ke syurga, tetapi dia tidak berbuat demikian kerana mahu menghidupkan pengikutnya yang telah mati semula apabila tiba masanya kelak. Kerana mereka masih diperlukan di dunia. Mereka akan dipanggil balik ke dunia dari neraka sebelum hari perkahwinan imam Mahdi. Jika imam Mahdi memasukkan mereka ke syurga pada hari mereka meninggal dunia, mereka tidak akan mahu lagi kembali ke dunia. Buat apa bersusuah-payah di dunia sedangkan mereka boleh bersenang-lenang di syurga.


Meraka yang kembali ke dunia dari neraka akan membawa kisah dan cerita dari neraka. Cerita tentang keadaan, suasana, siksaan yang mereka lalui dan orang lain lalui yang bergantung kepada darjat seseorang.  Jika telah melalui sendiri dan merasa baru ia jelas dan nyata.





IMAM AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Tuesday, August 27, 2013

PUNCA MASALAH KENAN PADA BAYI DALAM MASYARAKAT MELAYU



Masalah Kenan pada bayi yang dilahirkan bermula dari dalam kandungan lagi. Ada bayi yang kenan monyet, ular dan beberapa lagi yang biasa berlaku. Ada kenan yang berlaku hanya sekejap selepas kelahiran dan hilang selepas bayi mula membesar dan ada juga yang kekal hingga dewasa. Contohnya apabila suami membunuh kera, dan isterinya sedang mengandung, anaknya apabila lahir ada sedikit atau banyak ciri kera. Tetapi perkara kenan biasa berlaku pada masyarakat melayu dan jarang berlaku kepada bangsa lain. Persoalannya, kenapa begitu?



Jawapannya adalah mudah, ia ada kaitan dengan budaya masyarakat melayu yang ‘buat’(mengkufurkan dan merosakkan) batin pengantin lelaki dan perempuan sebelum perkahwinan dijalankan. Batin seseorang yang ada dalam diri seseorang selain memberi sifat dan membentuk diri, ia juga menjadi perlindungan dari kemasukan unsur asing atau roh atau batin asing dari luar, apabila ia dirosakkan atau dilemahkan,unsur roh asing boleh masuk ke dalam tubuh seseorang itu.Dalam kes sang suami membunuh kera, batin atau unsur roh dari kera yang mati akan masuk ke dalam tubuh suami, apabila si suami pulang dan bersama isteri yang mengandung, roh atau unsur asing kera akan masuk ke dalam tubuh isteri dan seterusnya ke dalam kandungan dan menjejaskan dan memberi sifat kera kepada bayi dalam kandungan, apabila ia lahir baru nampak kesannya. Ia hanya memberi kesan pada bayi dalam kandungan kerana ia dalam proses pembentukan dan tidak memberi kesan pada si suami atau si isteri. Maka Kenan ada kaitan dengan budaya dalam perkahwinan masyarakat melayu. Sebab itu ia biasa berlaku dalam masyarakat melayu dan jarang pada bangsa lain. Jika sesuatu kelainan disebabkan oleh genetik, ia akan kekal sampai dewasa, tetapi kenan akan hilang semasa proses pembesaran bayi(dalam kebanyakan kes).



AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Wednesday, August 21, 2013

ORANG MELAYU LEMAH SEKS?



Benarkah orang melayu lemah seks? Mari kita rungkaikan.


Pasangan suami isteri yang telah berkahwin biasanya melakukan hubungan seks seminggu sekali sahaja iaitu pada malam jumaat. Kononnya mengikut sunnah nabi.Tetapi benarkah sunnah nabi Muhammad begitu? Jawapannya TIDAK BENAR SAMA SEKALI. Nabi Muhammad mempunyai 9 orang isteri dan beliau melakukan seks sebanyak 3 kali seminggu iaitu pada hari isnin, khamis dan jumaat bersama ke sembilan orang isterinya. Oleh itu 9 X 3= 27 kali hubungan seks seminggu.Tetapi orang melayu hanya melakukan seks seminggu sekali. MAKA, BENARLAH ORANG MELAYU LEMAH SEKS. Oleh itu sunnah seks hanya pada malam jumaat hanya untuk menutup kelemahan seks para suami dan ia adalah bukan sunnah nabi tapi sunnah sesat.




AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Tuesday, August 20, 2013

POYO, SEMPOI, MATURED DAN BABY FACE




4 perkataan yang menyesatkan ini sering digunakan oleh remaja untuk merujuk kepada perkara tertentu. Remaja lebih tahu maknanya dan lebih tahu bila akan digunakan, dan biasanya ia digunakan untuk menyakitkan hati dan menyesatkan hati dan batin remaja lain. Perkataan ini dan penggunaannya dilhamkan oleh jin dan iblis kepada manusia untuk menyesatkan golongan manusia yang baik.



 Perkataan Baby face contohnya digunakankan untuk merujuk kepada remaja lelaki yang bermuka tampan dan comel dan seterusnya mengaitkan mereka dengan homoseksual, pada hal mereka tidak begitu. Sebab itu ia  dikatakan perkataan menyesatkan yang melabel orang lain secara tidak adil, orang yang melemparkan perkataaan ini adalah kuda tunggangan iblis dan syaitan. 

Perkataan  Matured biasa ditujukan untuk golongan berhati dan bermuka kufur, apabila dipanggil matured orang akan suka keadaan kufur itu dan mengikutinya, sebenarnya mereka yang menggunakan perkataan ini sedang menyebarkan kekufuran. Ia jelas adalah perbuatan dan budaya iblis dan syaitan yang menyebarkan kekufuran dan kesesatan. Manusia yang menggunakannya jelas adalah manusia iblis atau tentera iblis. Perkataan poyo dan sempoi juga adalah perkataan ilham dari iblis untuk menyesatkan manusia. Banyak lagi perkataan menyesatkan dan mengkufurkan hati yang digunakan oleh kanak-kanak dan remaja sekolah dan ternyata sekolah menjadi tempat berkumpul untuk menyebarkan kesesatan dan kekufuran terutama di sekolah berasrama.



AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Monday, August 5, 2013

GELOMBANG KEBANGKITAN DARI TIMUR! BILA AKAN BERLAKU?




Berita dan ajaran imam Mahdi serta tindak balasnya kepada keadaan semasa salah satu salurannya disampaikan melalui blog ini. Blog ini dan laman web telah pun mendapat perhatian dari pihak kerajaan Malaysia. Laman web utamanya di http://imam-mahdi.zxq.net telah pun di block oleh pihak tertentu.

Adakah kerana ia dianggap sesat oleh kerajaan Malaysia ataupun menyalahi undang-undang. Tetapi hingga ke hari ini imam Mahdi (penulis blog ini) masih lagi bebas dan tidak dikenakan tindakan undang-undang. Ini mungkin kerana walaupun dalam permerhatian pihak berkuasa imam Mahdi masih belum melakukan apa-apa perkara drastik atau mencurigakan di mata pihak berkuasa selain menyampaikan ajarannya melalui penulisan blog dan laman web sahaja. Pada zahirnya imam Mahdi tidak melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan menyebarkan ajarannya secara nyata melalui ceramah dan majlis-majlis seumpamanya. Tetapi secara ghaib ajarannya telah tersebar melalui penganugerahan keramat kasyaf. Ia lebih hebat daripada memberi ceramah atau lisan. Tetapi tiada bukti boleh disabitkan kerana ia ghaib dan tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Tetapi percayalah kerajaannya semakin berkembang dan matang setiap hari iaitu ia dipanggil kerajaan batin imam Mahdi.

Tetapi bilakah ia akan menjadi kerajaan zahir? Persoalan ini akan terjawab apabila terbinanya pusat pemerintahan imam Mahdi dalam bentuk fizikal iaitu sebuah bangunan dan aktiviti-aktiviti tertentu dijalankan. Pada ketika itu barulah pihak berkuasa akan menangkapnya. Tetapi ini telah terlambat kerana ia hanya akan mencetuskan tindakan dan perkara yang lebih besar, bagaikan tindakbalas berantai nuklear, satu tindakan kecil akan menghasil tindak balas lebih besar. Imam Mahdi akan bertindak balas dengan tindaka yang lebih nyata dan lebih signifikan dan akan lebih menzahirkan dan menampakan kekuasaan dan kehebatan kerajaan kecilnya dan akan memulakan pembinaan kerajaan yang lebih besar dan memulakan satu kebangkitan iaitu KEBANGKITAN DARI TIMUR!!!!!.



AL MAHDI AL MUNTAZAAR