r1

Search This Blog

Thursday, March 26, 2015

SIAPA DAJAL?

Hadis nabi Muhammad S.A.W ada menyebut bahawa manusia di akhir zaman bertukar menjadi makhluk lain.

Makhluk yang dimaksudkan adalah dajal. Semua manusia pada ketika ini dan zaman hadapan adalah dajal atau manusia dajal. Sebab itu tuhan hantar Dajjal berkuasa tuhan dan imam Mahdi (yang merupakan separuh nabi separuh dajal) kepada manusia di zaman ini. Kalau tuhan hantar nabi kepada manusia zaman ini mereka akan bunuh dengan menggunakan senjata dan teknologi moden. Sebab  itu tuhan hantar utusan yang lebih berkuasa untuk menguasai mereka. Walaubagaimanapun darjat manusia pada ketika ini adalah paling tinggi berbanding manusia terdahulu kerana sifat kedajalan menyeksa diri mereka sendiri.



AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Sunday, March 22, 2015

LIM GUAN ENG TIKAM BELAKANG

Apabila PAS membawa enakmen hukum hudud ke parlimen untuk dibahaskan, Lim Guan Eng menuduh PAS sebagai menikam pakatan rakyat dari belakang.

Tetapi sebenarnya Lim Guan Eng dan DAP telah terlebih dahulu menikam Anwar Ibrahum dari belakang. buktinya: Dengan mengarahkan semua ahli DUN DAP agar tidak menyertai perhimpunan bebaskan Anwar dan agar terus berada di DUN masing-masing pada hari tersebut adalah perbuatan menikam dari belakang. Mereka tidak pun menolong Anwar dan terus membiarkannya mereput dalam penjara.

DAP sungguh licik dalam mempergunakan sekutunya untuk mendapatkan kuasa dan berlepas diri apabila sekutunya dalam kesusahan. DAP TIDAK BOLEH DIPERCAYAI. Seperti tabiat iblis yang berlepas diri selepas menghasut dan menyesatkan. SESUNGGUHNYA DAP SEBENARNYA ADALAH IBLIS!!!!!.

Wahai orang melayu hentikanlah sokongan terhadap pembangkang kerana orang melayu akan kehilangan kuasa dan segala-galanya jika terus menyokong pembangkang.



AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Monday, January 26, 2015

RAKYAT MALAYSIA YANG SUKA MEMANIPULASI UNDANG-UNDANG

Undang-undang demi undang diperkenalkan, tetapi adakah ia berfungsi seperti diharapkan atau hanya untuk kepentingan pihak tertentu saja.

Contohnya dalam kes liwat Anwar Ibrahim, dia dikenakan penjara lima tahun, tetapi dalam kes liwat yang dilakukan oleh ramai pelajar senior ke atas pelajar junior di sekolah berasrma seperti MCKK, SAS dll  mereka tidak kena tindakan apa-apa pun, tetapi Anwar Ibrahim dikenakan tindakan undang-undang.  Ini adalah satu comtoh manipulasi undang-undang yang tidak adil dan hanya untuk kepentingan pihak tertentu dan bukan undang-undang untuk kesejahteraan rakyat. Kalau untuk kesejahteraan rakyat tentu tidak ramai golongan gay dan lesbian yang lahir dari sekolah berasrama dan sekolah berasrama penuh yang kini ramai di Malaysia.

Undang-undang yang baru nak di gubal iaitu hukuman dan tindakan undang-undang terhadap ibu bapa yang merotan anak. Undang-undang ini dengan mudah boleh dimanipulasi, terutama dalam kes penceraian yang melibatkan hak penjagaan ke atas anak, pasangan boleh mengatakan bahawa pasangannya pernah merotan anak  ke tahap keadaan tertentu yang boleh melucutkan hak penjagaan. Sesungguhnya rakyat Malaysia sangat pandai mempergunakan dan memanipulasi undang ditambah dengan peguam berotak iblis yang pandai seperti iblis, yang salah boleh terlepas, yang berada di pihak benar boleh dipersalahkan. Sesungguhnya undang-undang Malaysia bukan benar-benar dipergunakan untuk menolong atau untuk kesejahteraan rakyat.


AL MAHDI AL MUNTAZAAR

ZAHIR KATA YA, BATIN KATA TIDAK

Ramai orang tertentu(kebanyakannya adalah pengikutnya) mengatakan dia adalah imam Mahdi, apabila ditanya kepada tuan punya diri dia menjawab ya, tetapi apabila ditanya secara batin kepada dirinya batin dia menjawab tidak tahu atau bukan. Ini adalah kerana batin imam Mahdi tidak tahu bahawa dirinya adalah imam Mahdi (Imam Mahdi mempunyai banyak batin dengan sifat bertentangan), Hal ini mengelirukan dan menyusahkan pengikutnya yang mahu memperkenalkannya kepada orang lain atau kepada umum.Tetapi tentu ada rahsia disebalik kejadian tuhan ini.




AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Saturday, January 17, 2015

HANYA 10%

Walaupun nampak seperti imam Mahdi melakukan banyak kerjanya sendiri tetapi hanya 10% kerja dilakukan imam Mahdi, baki kerja tersebut dilaksanakan dan disiapkan oleh pengikutnya. Kecuali kerja membunuh manusia, 100% dilakukan oleh dia sendiri.

Pengikutnya telah menolongnya sejak dari awal lagi, pada ketika mereka menjumpainya hingga kini. Sedikit demi sedikit mereka membuat persediaan dan merencanakan penzahiran dan kemunculannya yang  berkemungkinan besar akan berlaku pada hujung tahun ini. 




AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Friday, January 16, 2015

IMAM MAHDI BUKANLAH PEMIMPIN YANG POPULAR

Dia bukanlah pemimpin yang popular atau disukai ramai atau digemari oleh semua orang. Ramai pengikutnya juga membencinya, mereka mengikutinya atas dasar tanggungjawab kerana mereka telah terpilih untuk mengikutinya atas pilihan tuhan maha kuasa. Ini adalah kerana imam Mahdi kerja utamanya mencabut nyawa (membunuh) manusia untuk memenuhkan kerajaan syurga terbesar. Dan ini bukanlah perbuatan yang baik atau dipandang mulia.

Imam Mahdi bukanlah suka membunuh tetapi telah menjadi tanggungjawabnya dan ditakdirkan tuhan untuk menjadi begitu. Dia dimusuhi oleh orang-orang yang ditakdirkan menjadi musuhnya dan para wali memperkenalkan/memberitahu seorang demi seorang siapa yang akan menjadi seterunya zaman berzaman. Kebanyakan musuhnya datang dari zaman ini dan bukannya dari zaman hadapan.

Musuh-musuhnya membuat dia tidak senang duduk atau hidup dengan tenang zaman berzaman. Musuh-musuhnya akan menabur fitnah dan kadang-kadang menyebabkan dunia yang mewah dan aman bergolak. Ia akan segera dipadam oleh imam Mahdi. Musuh-musuhnya juga akan mencuba pelbagai cara untuk membunuhnya zaman berzaman.

Dunia bukanlah tempat untuk bersrnang-lenang, tetapi tempat untuk menghadapi ujian walaupun untuk imam Mahdi sendiri, akhirat juga tempat untuk mengutip hasilnya.

wassalam



AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Friday, January 9, 2015

SEDIKIT KISAH PELACUR

Kerana wang dan kesempitan hidup mereka menjadi pelacur. Ada yang bekerja begitu kerana disuruh oleh suami mereka sendiri untuk menyara anak-anak yang ramai kerana kesempitan hidup dan ada juga kerana terpaksa menyara adik-beradik yang ramai kerana ibu bapa telah tiada.

Tetapi sesetengah pelacur melayu, indonesia atau tempatan melakukan perkara yang jauh lebih salah dari itu. Sesetengah pelacur melayu atau indon mempergunakan ilmu hitam(ilmu guna-guna yang biasa digunakan perempuan untuk memikat lelaki)  untuk memikat pelanggan mereka agar asyik teringatkan mereka dan kembali dan asyik melanggan mereka.sahaja dan tidak pelacur lain.

Sesetengah pelacur dari sabah dan sarawak membela dan membawa 'orang' (jin peliharaan mereka) ketika melacur, ini adalah untuk melindungi diri mereka dari dirompak, kerana ada sesetengah lelaki yang lebih jahat, bukannya membayar wang setelah memakai pelacur tetapi menggugut dan meminta wang dari pelacu yang dilanggan mereka.

Sememangnya dunia telah sesat kerana wang ringgit yang tidak pernah cukup.




AL MAHDI AL MUNTAAAR

BAGAI TELUR DI HUJUNG TANDUK

Takdir dunia yang bergantung kepada imam Mahdi adalah bagaikan telur di hujung tanduk kerana bergantung kepada sesuatu yang lemah dan tidak layak. Segala kekeramatan yang besar tidak dapat menjamin kejayaan nasib dunia daripada dibaham kiamat. 

Tuhan melantik orang yang lemah dan tidak layak untuk menjadi imam Mahdi kerana mahu menguji takdirNya, menguji manusia di sekelilingnya samada mahu menerima utusannya atau tidak dan menguji kemampuan imam Mahdi sendiri sebagai manusia  yang mana manusia dkatakan sebagai makhluk ciptaan tuhan yang paling hebt berbanding makhluk lain.

Tetapi ramai orang di sekelilingnya gagal dalam ujian ini kerana tidak mempercayai bahawa dia adalah imam Mahdi sebenar.





AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Thursday, January 8, 2015

SENTUHAN SYURGA TANGAN IMAM MAHDI

Pada ketika imam Mahdi belum mati dan hidup kembali, dia perlu turut menyembahyangkan mayat untuk memasukkan pemiliknya ke syurga. Tetapi setelah mati dan hidup kembali, dia dikurniakan kuasa yang lebih besar, hanya dengan menyentuh mayat dengan tangannya pemiliknya akan masuk syurga.

Ini adalah kerana dia telah pun berkait dengan aLam kematian kerana dia juga pernah mati. Tetapi dia tidaklah boleh menyentuh mayat sesuka hati kerana boleh mendatangkan fitnah kepada dirinya dan buat masa ini bukan boleh memasukan semua orang ke syurga sesuka hati kecuali yang ada tugas tertentu di syurga sahaja dia masukkan ke syurga. Kerana syurga bukannya percuma.





AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Sunday, January 4, 2015

IMAM MAHDI JAYA NEGARA SATU DARIPADA MANIFESTASI CIRI IMAM MAHDI SEBENAR

Sebelum imam mahdi sebenar keluar menzahirkan diri akan dan telah ada manifestasi imam Mahdi sebenar oleh orang-orang tertentu yang mengaku dirinya juga imam Mahdi. Ada banyak tetapi yang berakhir dengan tragis adalah imam Mahdi Jaya Negara. Saya tidak mahu menggunakan perkataan imam Mahdi palsu untuk mereka kerana kurang tepat tetapi mereka adalah bunga-bunga imam Mahdi sebelum kemunculan imam Mahdi yang sebenar.

Setiap satu bunga-bunga imam Mahdi ini membawa satu atau lebih ciri atau manifestasi imam Mahdi sebenar agar masyarakat terbiasa dengan kehadiran imam mahdi kerana imam Mahdi sebenar lebih dikatakan sesat/teruk/gila ataupun patut dikatakan lebih hebat lagi.  Bezanya imam Mahdi sebenar boleh membuktikan dan merealisasikan perkara yang dibawanya tetapi bunga-bunga imam Mahdi tidak boleh.

Bunga-bunga imam Mahdi dengan mudah boleh dibunuh tetapi tidak kepada imam Mahdi sebenar. Bunga-bunga imam Mahdi tiada kekeramatan tetapi imam Mahdi sebenar berkeramat besar.Tetapi kekeramatannya bukanlah sesuatu yang mutlak kerana dia berjalan mengikut perjalanan takdir dan kehendak tuhan maha besar.

Mungkin di mata masyarakat imam mahdi Jaya Negara adalah orang gila atau penjenayah tetapi di mata kami dia adalah wira pemanifestasi imam Mahdi .DIA ADALAH BUNGA-BUNGA IMAM MAHDI.





AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Saturday, January 3, 2015

KEBERKATAN SULTAN JOHOR SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Negeri-negeri di pantai timur dan juga negeri johor biasanya dilanda banjir besar setiap hujung tahun. Tetapi pada tahun 2014 negeri johor sedikit terselamat dari malapetaka tersebut. Hanya kurang lebih 500 orang sahaja terkena tempias banjir tersebut. Ini adalah kerana keberkatan dan kedaulatan sultan johor yang baharu yang lebih berjiwa rakyat.

Oleh itu janganlah memperkecilkan kuasa dan kedaulatan sultan yang merupakan pelindung dan payung rakyat seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak dan ahli politik yang jahil dan jahat dengan menganggap raja dan sultan tidak penting atau relevan lagi.

Untuk tahun-tahun mendatang masih kabur keberkatan siapa harus kami tagih lagi untuk mengelakan malapetaka banjir besar di Johor.



AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Thursday, January 1, 2015

BUAYA PUTIH KERAMAT LAMBANG KEBESARAN WALI MELAYU

Buaya putih keramat hanya dimiliki oleh wali melayu di kepulauan melayu dan tidak dimiliki oleh wali bangsa lain. Ia bukanlah keramat perlindungan tetapi hanya lambang kebesaran. Lebih banyak buaya putih lebih tinggilah darjat seseorang wali.  Bilangan buaya tersebut biasanya ganjil, seperti 1, 3, 5, 7 atau 9.Buaya putih keramat sebenarnya adalah sejenis malaikat.

Pada permulaannya imam Mahdi hanya memiliki 7 buaya putih, tetapi setelah sekian lama berdakwah dan mencipta pemgikut dia kini memiliki tidak terhingga banyaknya buaya putih keramat. Begitu juga dengan pengikutnya, ramai yang memiliki jutaan buaya putih keramat setiap seorang.

Buaya putih bukanlah keramat perlindungan, tetapi buaya putih keramat akan membaham orang yang membunuh tuannya setelah tuannya mati dibunuh.



AL MAHDI AL MUNTAZAAR

 

Tuesday, December 30, 2014

BUAYA DAN NAGA

Siapakah buaya dan siapa pula naga? Beza naga dan buaya adalah satu mengejar Dan satu lagi hanya menunggu. Tetapi tujuannya adalah sama iaitu untuk menndapatkan mangsa.

Kedua- dua istilah ini adalah merujuk kepada lelaki Kedua-duanya mencari mangsa perempuan untuk dijahanamkan harta dan maruah mereka, selepas itu ditinggalkan. Kedua-dua puak ini adalah lelaki jahat dan harus dihindari oleh perempuan.

Kebanyakan lelaki jenis pemburu ini  adalah naga dan bukan buaya yang memburu perempuan kerana lebih cepat untuk mendapatkan habuan dari mangsa mereka dan hanya sedikit bilangan buaya  kerana proses mendapatkan mangsa lebih lambat.


 wassalam




AL MAHDI AL MUNTAZAAR.

Monday, December 8, 2014

QUEEN CONTROL

Queen control adalah perkara biasa pada zaman ini. Masa zaman kanak-kanak dikawal oleh emak, apabila dah berkahwin di kawal oleh isteri. Mungkin sudah terbiasa begitu.Tak kiralah dari tukang sapu sampah hingga ke pemimpin negara, ramai yang kena queen control
walaupun mereka tak mahu mengakuinya.

Keramat boleh kawal kepunyaan imam Mahdi dipegang dan disimpan oleh isterinya, sah-sah dia juga kena queen control. Memang tuhan jadikan dunia begitu, perempuan kawal lelaki.Walaupun lelaki boleh lakukan banyak kerja, tetapi lelaki kurang berfikir, sedangkan perempuan banyak berfikir sebelum lakukan sesuatu kerja, sebab tu perempuan boleh control lelaki.  Batin perempuan pula lebih kuat dan keras dari batin lelaki, lawan batin saja dah kalah, macam mana  lelaki tak kena control dengan perempuan. Mungkin sebab tu perempuan boleh mengharungi kesakitan dan maut berkai-kali ketika melahirkan anak. Mungkin jika perempuan tidak mengawal lelaki, lelaki merapu dan melahu tak tentu hala tanpa arah tujuan.

AL MAHDI AL MUNTAZAAR


Saturday, December 6, 2014

ISLAM TELAH BERALIH KE TIMUR

Dengan kehadiran cahaya kenabian imam Mahdi di timur (khususnya di Malaysia), islam sebenar iaitu cahaya kewalian/ cahaya islam/ cahaya kekayaan batin telah tersebar meluas di nusantara. Cahaya ini kuat  sehingga ke kawasan berdekatan dan semakin lemah ke negara jauh. Ia adalah islam sebenar.

 Pekerja asing, PATI dan pelancong yang datang ke Malaysia turut menerima cahaya ini dan menyebarkanya ke negara asal mereka apabila pulang.

Di negara timur tengah cahaya ini masih lemah sedangkan di sana hanya kaya dengan sejarah dan ilmu islam yang lama tetapi masih berguna.Rahsia agama dan ilmu islam yang baharu ada pada pengikut imam Mahdi.





AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Friday, December 5, 2014

ISLAM DAN KEGANASAN

Dari hadis nabi Muhammad yang mungkin telah disembunyikan " Di akhir zaman orang-orang yang mengaku islam banyak melakukan keganasan".

Sebenarnya orang yang melakukan keganasan atas nama jihad seperti IS(Islamic State) dan Al Qaeda dll mereka bukanlah orang islam, mereka hanya mengku islam dan mempunyai nama dan ilmu islam. Mereka tidak pun mempunyai cahaya kewalian yang merupakan asas islam.

Sedangkan orang yang benar-benar islam sibuk dengan perkara dalaman dan peningkatan batin sehingga tiada masa untuk perkara zahir, apatah lagi melakukan keganasan, Ternyata mereka bukanlah jihadist tetapi pengganas bertopengkan islam.




AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Saturday, November 29, 2014

TUHAN MENGAMBIL UNTUK MEMBERI

Dalam hadis nabi Muhammad S.A.W  ada dinyatakan bahawa tanaman petani yang di makan burung atau binatang akan diberi pahala.

Tuhan mempergunakan burung atau binatng untuk mengambil harta dunia para petani untuk memberi mereka simpanan akhirat. Walaupun ia nampak seperti satu paksaan dari tuhan tetapi ia adalah satu rahmat dan kebaikan dari tuhan untuk manusia.

Pada zaman ini ada pelbagai cara tuhan mengambil dari manusia untuk simpanan ahirat. Dari cetak rompak filem dan perisian hingga penipuan internet oleh awang hitam. Oleh kerana manusia sukar untuk memberi sedekah dan sibuk mengumpul kekayaan, tuhan menyimpan untuk mereka secara paksa. Kekayaan yang kita kumpul dan simpan di dunia tidak akan sampai ke akhirat, yang kita sedekahkan dan beri kepada keluarga dan orang lain itulah sebenarnya milik kita.



AL MAHDI AL MUNTAZAAR

BATIN ATAU ZAHIR LEBIH PENTING??

Cerita dari buku UNTAIAN KISAH PARA WALI menceritakan mengenai seoramg tok guru yang membaca fatihah dalam sembahyangnya dengan sedikit kesilapan sebutan, Ia didengari oleh anak muridnya dan mereka mula  tawar hati dan memandang rendah terhadap gurunya. Pada malam hari mereka bermimpi ketika dalam perjalanan mereka dikejar singa dan dalam ketakutan, kemudian tok guru mereka datang dan menghalau singa tersebut. Kemudian tok guru mereka berkata, kamu hanya membetulkan zahir dan kamu takut kepada singa, sedangkan aku sibuk membetulkan batin lalu singa takut kepada aku.Barulah anak muridnya sedar kesilapan mereka.

Dalam kisah tersebut, tok guru itu merupakan orang khusus yang berjalan dalam jalan tasawuf dan sibuk membetulkan batin sehingga tiada masa untuk membetulkan bacaan fatihah yang amat penting, kalau hendak membetulkan bacaan fatihah pun tiada masa apatah lagi untuk membuat kerja lain.

Sedangkan orang pada zaman ini terlalu sibuk dengan urusan zahir dan urusan dunia hingga langsung tidak mempedulikan tentang batin mereka apatah lagi membetulkannya. Apatah lagi orang-orang yang masih ada masa menggangu, menyakiti dan membuat dan merosakkan batin orang lain, ternyata batin mereka telah rosak teruk dan mungkin telah diserapi iblis. Batin yang rosak menghasilkan tindakan yang merosakkan diri dan orang lain.



AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Sunday, November 16, 2014

KEMALUAN ISTERI ATAU PELACUR BERBAU LEBIH BUSUK???

Kemaluan seorang isteri ketika di dunia adalah lebih busuk dari pelacur, ini adalah kerana mereka jarang membasuhnya kerana sibuk dengan tugas harian. Sedangkan seorang pelacur kerap membasuhnya kerana selepas melayan seorang pelanggan mereka membasuhnya.

Tetapi di akhirat kemaluan seorang pelacur berbbau sangat busuk hingga penghuni neraka lain terganggu dengan baunya. Jika mereka berjaya masuk ke syurga barulah kemaluan mereka berbau wangi.  Seorang isteri jika masuk neraka kemaluan mereka tidak berbau dan jika dapat masuk syurga kemaluan mereka adalah wangi.

 Kepada kaum lelaki, "bersama"  isteri anda adalah lebih baik dari "bersama" pelacur kerana "kenangan bersama" isteri adalah lebih manis dari "kenangan bersama"  seorang pelacur kerana isteri anda sayangkan dan mencintai anda sedangkan seorang pelacur hanya menyintai wang anda. Mungkin seseorang perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki semata-mata kerana wangnya boleh di samakan dengan pelacur juga.



AL MAHDI AL MUNTAZAAR

Monday, November 3, 2014

QIYAMUHU TAALA BINAFSI

Seluruh umat manusia hati dan batinnya bergantung kepada sesuatu, samada kepada tuhan, agama, idolanya, paradigma, prinsip, harta benda dan wang ringgit dan lain-lain..Itu adalah sifat asas manusia biasa. 

Tetapi imam Mahdi mahu menjadi tuhan, hati dan batinnya harus BERDIRI DENGAN SENDIRINYA tanpa tempat penggantungan. Dan yang membina dan membentuk ketuhanannya adalah para wali qutbh. Materialisme telah lama mereka merenggutnya dari zahir dan batin imam Mahdi. Apabila mereka merenggut unsur penggantungan batiniah dari dalam diri imam mahdi dia rebah tidak boleh berdiri sendiri. mereka mengasak hatinya agar menjadi kuat untuk berdiri sendiri. Mereka membakarnya dengan api neraka paling rendah untuk menguatkannya tetapi  menyebabkan dia menjadi lemah dan kepanasan dan meletakkan beban batin pada hatinya dan batinnya menyebabkan dia rebah tidak bangkit-bangkit. sudah lebih setahun berlalu tetapi dia masih belum stabil untuk keluar menzahirkan diri. Dalam dirinya harus bangkit dahulu untuk menjadi tuhan sebelum layak memulakan kebangkitan dari timur.


AL MAHDI AL MUNTAZAAR